Khamis
Ayam paling gebu dalam reban
Kemudian aku teringat betapa bosannya dia. Tidak berhenti mengomel betapa dirinya hodoh. Cantik padanya bila bogel tiada cela. Sebab gusar dia kembali ke dalam kincir. Setelah itu dia pun diam. Pokpekannya jadi hilang. Yang kedengaran cuma ketawa genit bila ada yang menggamit. Dia pergi tanpa pamit. Cuma aku yang lupa bahawa dia amat membosankan.
Sabtu
Tepat ke titik
Tidakkah kau merasa dikhianati? Setelah kau bermalam di dataran kemudian melompat kawat besi, kau jatuh dan digari hanya untuk mendengar orang tua itu berteriak... "Bersurailah! Terima kasih kerana sudi dtg dari seluruh negara!" Tidakkah kau sakit hati? Tidakkah kau merasa ditipu? Atau kau sebenarnya lebih rela memanjakan kebencianmu daripada bertekad untuk benar-benar berevolusi.
Isnin
Satu lagi pandangan sempit
Dalam suasana lebih-kurang demokrasi di Malaysia ini jarang kita terfikir yang sebenarnya kita boleh hidup bebas daripada kerajaan. Mana tidaknya, warga negara kecil ini tidak dapat lari daripada realiti yang perubahan Cuma dapat dilaksanakan dalam masa lima tahun melalui pilihanraya untuk menggantikan oligarki lama dengan yang baru (itu tidak pernah berlaku lagi) supaya masalah oligarki lama dapat diperbetulkan oleh yang baru.
Kita tidak dapat melihat melampaui Parlimen sebagai mesin menguruskan negara. Kita marahkan badut lama dan gantikannya dengan badut baru. Kita percayakan reformasi atau transformasi yang tidak berkesudahan. Akhirnya harapan dikaburi alasan dan penungguan revolusi terkubur bersama pengalaman.
Kerajaan melakukan terlalu banyak perkara dan kebanyakkannya dilakukan dengan teruk sekali. Sebagai contoh, kerajaan sepatutnya melindungi kita daripada dianiaya tetapi mereka tidak melakukanya dengan baik. Dalam masa yang sama mereka menggalakkan kita dianiaya dengan menjenayahkan sesuatu yang kita suka seperti ganja, ketum, 4 orang pelajar UKM yang ditangkap kerana suka berpolitik.
Kerajaan juga sukakan pengganas, kerana ia memberi iklan percuma menggambarkan betapa pentingnya kerajaan dan rakyat perlu terus berlindung dibawahnya. Mereka juga sukakan peperangan luar negara supaya kerajaan dapat mendabik dada menayangkan betapa harmoninya negara ini. Musuh adalah ciptaan kerajaan supaya ia dapat duduk dikalangan watak syumul bersih seperti kata George Orwell dalam 1984.
Tapi kita punya pilihan – anarki, atau swa-kerajaan – yang digambarkan sebagai suatu yang menjurus kepada ketiadaan undang-undang dan kacau bilau. Tidak seperti yang digambarkan pasifis dan penulis War and Peace, Leo Tolstoy :
"Walaupun ketiadaan kerajaan membawa erti anarki yang penuh dengan kekacauan – berbeza dengan maksud perkataannya – tidak pernah dalam mana-mana keadaan anarki lebih buruk daripada keadaan berkerajaan."
Tambah lagi, ada sesuatu yang semakin membusuk dalam hati sesebuah kerajaan – menjadikan kuasa sebagai kerjaya pilihan. Anda dibayar untuk berkuasa. Tambahan pula anda dapat kereta percuma, rumah, makan malam mewah dan ada orang yang akan menulis tentang anda didalam akhbar. Itulah kerjaya politik. Ia berlegar di ruang akademi kemasyuran untuk orang-orang yang tidak berbakat, simbolik untuk lelaki dan wanita yang membosankan.
Dalam sistem kerajaan apa pun baik komunis atau demokratis - memang tidak dapat dielak lagi - politikus adalah tikus yang berlari dalam kincir kerjayanya sendiri. Ia seperti haiwan yang bebas mengumpul wang dan mendaki tangga kuasa sehingga sehabis mampu.

Rabu
setelah penat
Kemudian aku merindui dia. Yang membuat aku mensyukuri hari ini. Yang berdamai dengan masa laluku. Dia masa depanku.
Selasa
Trouble with love
There are things that never change
And we are not one of them my dear,
Trouble with our love is here
The trouble with our love is around
When you can't look me in the eye,and lie
When you run so far away,
That you forget where to go back ...
Now,you are what you never want to be,
Go ahead,blame me ...
There are things that never change
Now we are two strangers with a past
And a future,that ain't gon'a last
And that is a trouble with our love,
Last night we saw things like we never did,
We both went our way,and hid ...
Miguel PiƱero

Ahad
where the brave go
Yesterday i met an old friend, he said, i live by your words and i am better... "what happen?" he asked.. and we reminisce how brave i was while I try to bury the truth that I made a big mistake leaving them there in the mental sanctuary.
"I should have stayed there" whispered the voice in my heart as I took one slow and heavy walk to my bike.
Zinggggg..!! the two strokes engine started.
the faster i go the more i remember how ready i am to get killed on the road.
and i realize i have left my bravery on the road.
brave enough to challenge fate and cheat death.
warm tears stream down my cheek.
the voice whispers again "weak!"
Khamis
Selalu bicara cinta
Orang yang selalu membicarakan cinta tidak pun ingin bercinta kerna mereka hanya mahu bergulir dalam perasan melankolia yang pada akhirnya bakal menjadikan mereka puitis dan begitu seni sehinggakan tidak ternampak oleh orang lain mana sisinya yang boleh dijadikan dambaan. Berusahalah dan bersedia untuk kecewa. Berubahlah daripada seorang penyair sepi yang menebar rintihan kepada seorang pencinta yang tak takut mati.
Isnin
Anak Bodoh
(Bersempena hebahan keputusan UPSR)
Tidaklah anak itu merasa kecewa dengan keputusan peperiksaannya tetapi kecewa melihat ibu-bapanya yang punyai harapan menggunung dan kini terpaksa mengadap sanak saudara membawa seorang anak bodoh.
Hari ini Ibu Bapa yang ada anak sebaya akan menelefon sanak saudara kemudian membanding-banding anak siapa bodoh dan anak siapa pandai. Anak kecil yang tiada upaya hanya ada pilihan untuk berontak atau malu.
Barangkali inilah pertama kali anak kecil penuh gembira merasai suasana benar-benar berkesan memberi perasaan yang tidak enak. Dirasakan olehnya aib, gelap masa depan dan gundah kerana keputusan peperiksaan.
Saya Saekor Egg McMuffin
Saya adalah telur yang diapit dua roti dan dilahirkan dari dapur McDonald. Saya diperbuat daripada daging dari Australia, gandum dari China, dan telur dari Thailand. Terakhir sekali sebelum menunggu di rak, saya telah dipersiapkan dalam bungkusan berwarna jingga buatan Malaysia. Tidak seperti lain, harini saya tidak mempunyai harga diri. Kawan-kawan dan saya boleh di ambil percuma sahaja. Entah apa kisahnya tiada saekor telur diapit pun yang tahu. Kami warga Egg McMuffin juga tertanya-tanya mengapa setelah dihilangkan harga, manusia tidak berahi menikmati kami. Saya justeru menunggu dan terus sabar sambil berharap orang yang menikmati saya nanti berhasil mengalas lapar sewaktu diri ini masih hangat. 4 jam berlalu tidak ada satu pun mahukan saya. Bahkan terdapat tiga per empat daripada populasi hari ini yang tidak dimakan. Sudahlah tiada harga diri, kini saya dicampak ke tong. Di dalam tong kami menginsafi diri yang disusun daripada bahan yang amat jauh, dimasak, dibungkus lalu dibuang. Selang beberapa jam kami di hantar ke pusat pelupusan sampah. Saya tergolek, berpusing-pusing dan berakhir di bawah longgokkan tidak bercahaya. Di sini kami bahagia kerana berupaya berfungsi sebagai makanan. Kepada anjing pengais sampah, gagak yang pandai mencari makan, kucing, gelandangan, ulat dan lalat, saya adalah penyambung nyawa untuk esok. Barangkali kepada manusia yang tidak menghargai... saya cuma dendam berulang dan bermusim. Yang wajib dijadikan sasaran ketika marah kepada kuasa yang tidak dapat di lawan.
Selasa
Old Habit Die Hard (Alfie's Ending)
I warned them all from the beginning.
I always said something along the lines of,
''I must advise you, I am stamped with an invisible warning. I will not commit. I will never marry.''
Despite my best efforts, I'm beginning to feel some small cracks in my faux finish.
You know, when I look back on my little life,
and all the women I've known...
...I can't help but think about...
...all that they've done for me...
...and how little I've done for them.
How they looked after me, cared for me...
...and I repaid them by never returning the favour.
Yeah.
I used to think I had the best end of the deal.
What have I got?
Really?
Some money in my pocket.
Some nice threads. Fancy car at my disposal.
And I'm single.
Unattached. Free as a bird.
I don't depend on nobody.
Nobody depends on me.
My life's my own.
But I don't have peace of mind.
And if you don't have that, you've got nothing.
So...
So, what's the answer? That's what I keep asking myself.
What's it all about?
You know what I mean?
Langgan:
Ulasan (Atom)