Sabtu

kami tiada dara

baru-baru ini saya berkesempatan untuk berkunjung ke rumah kawan perempuan yang terletak dalam kawasan kejiranan melayu. saya tidak dibenarkan masuk. justeru itu kami berbual di luar rumah.

menurut kawan saya, jiran sebelah menyebelah akan muncul menegur tatkala ada lelaki yang masuk ke rumah dia. kata jirannya rumah anak dara tidak elok dikunjungi lelaki.

semalam saya ke rumahnya sekali lagi. kali ini saya dibenarkan masuk.

kata kawan saya, selaput dara yang menyusahkan telah hilang. jika ada jiran bertanya, katakan pada mereka bahawa kita sudahpun mengoyakkan dara sendiri sebab tidak mahu diambilpeduli kerana masih berdara.