Isnin

Anak Bodoh



(Bersempena hebahan keputusan UPSR)

Tidaklah anak itu merasa kecewa dengan keputusan peperiksaannya tetapi kecewa melihat ibu-bapanya yang punyai harapan menggunung dan kini terpaksa mengadap sanak saudara membawa seorang anak bodoh.

Hari ini Ibu Bapa yang ada anak sebaya akan menelefon sanak saudara kemudian membanding-banding anak siapa bodoh dan anak siapa pandai. Anak kecil yang tiada upaya hanya ada pilihan untuk berontak atau malu.

Barangkali inilah pertama kali anak kecil penuh gembira merasai suasana benar-benar berkesan memberi perasaan yang tidak enak. Dirasakan olehnya aib, gelap masa depan dan gundah kerana keputusan peperiksaan.

Saya Saekor Egg McMuffin




Saya adalah telur yang diapit dua roti dan dilahirkan dari dapur McDonald. Saya diperbuat daripada daging dari Australia, gandum dari China, dan telur dari Thailand. Terakhir sekali sebelum menunggu di rak, saya telah dipersiapkan dalam bungkusan berwarna jingga buatan Malaysia. Tidak seperti lain, harini saya tidak mempunyai harga diri. Kawan-kawan dan saya boleh di ambil percuma sahaja. Entah apa kisahnya tiada saekor telur diapit pun yang tahu. Kami warga Egg McMuffin juga tertanya-tanya mengapa setelah dihilangkan harga, manusia tidak berahi menikmati kami. Saya justeru menunggu dan terus sabar sambil berharap orang yang menikmati saya nanti berhasil mengalas lapar sewaktu diri ini masih hangat. 4 jam berlalu tidak ada satu pun mahukan saya. Bahkan terdapat tiga per empat daripada populasi hari ini yang tidak dimakan. Sudahlah tiada harga diri, kini saya dicampak ke tong. Di dalam tong kami menginsafi diri yang disusun daripada bahan yang amat jauh, dimasak, dibungkus lalu dibuang. Selang beberapa jam kami di hantar ke pusat pelupusan sampah. Saya tergolek, berpusing-pusing dan berakhir di bawah longgokkan tidak bercahaya. Di sini kami bahagia kerana berupaya berfungsi sebagai makanan. Kepada anjing pengais sampah, gagak yang pandai mencari makan, kucing, gelandangan, ulat dan lalat, saya adalah penyambung nyawa untuk esok. Barangkali kepada manusia yang tidak menghargai... saya cuma dendam berulang dan bermusim. Yang wajib dijadikan sasaran ketika marah kepada kuasa yang tidak dapat di lawan.