Jumaat

Menjawab sebuah lawak

Berikut adalah komen saya terhadap blog yang selalu membekalkan sumber lawak kepada saya.

Lelaki memang nampak bersalah kalau pilih perempuan setaraf model pakaian dalam berbanding perempuan hodoh yang tak yakin diri. Tapi perempuan tak pernah nampak bersalah kalau tinggalkan laki miskin hodoh untuk lelaki kaya yang lebih hodoh.

Memang soal rupa paras jadi bandingan tapi itu pada tahap perkenalan. contohnya sebelum saya membuat keputusan untuk merapati satu wanita, kajian tentang rupa paras jadi penentu sama ada saya lakukan atau tidak.

Mengapa ia jadi penentu?

ia membezakan sikap si hodoh dan si cantik. si hodoh lebih terbuka dalam menerima sesiapa sahaja yang ingin mengenali tetapi bukan senang bagi ia untuk percaya justeru bakal menyusahkan dan nilai keseronokan dalam hubungan cinta diganti dengan usaha berat untuk membuat si hodoh percaya yang ia tidak akan ditinggalkan kerana kehodohannya.

Rakan saya contoh terbaik dalam kes hodoh ini : beliau berkenalan dengan wanita hodoh di ruang maya, mengambil number telefonnya dan bercinta sebelum bertemu. Berbekalkan gambar semi hodoh yang ditawarkan sebagai pengganti diri, mereka bersetuju mengikat tali silaturahim jarak jauh.

memang orang cakap cantik itu subjektif, tapi bukanlah ia bermakna satu kemampuan untuk melihat mata bidadari disebalik lemak menggeleber, ketiak hitam dan bau yang busuk. ia juga bukan satu kuasa ajaib menarik simpati keatas kehodohan supaya fokus perhatian diberi kepada hati budi.

Cantik yang subjektif itu tak perlu di aplikasikan ke atas orang hodoh sahaja. Misalnya Miranda Kerr, seorang model yang tak pernah kenal kecantikkannya. Oleh kerana ia tidak kenal mana bahagian yang cantik ada padanya maka ia tidak berkelakuan seperti si cantik. Dia tumbuh sebagai seorang yang kelelakian. Bermain lumpur dan berkejaran di ladang gandum dan memanjat pokok serta melakukan kerja gasar itu bukan kegiatan sang cantik yang risaukan keanggunannya bukan?

jadi cantik yang subjektif itu adalah bagaimana anda melihat seseorang masuk dengan perasaan anda. Ia lebih berkenaan dengan emosi berbanding perkiraan simetri, berat, tona warna atau lain-lain yang dibaca melalui unit.

cantik subjektif itu juga adalah nama lain bagi seni. Seni pula tidak tertakluk kepada kecantikkan semata-mata. Buruk juga seni. Seperti karya Picasso. Semasa hidupnya, lukisan beliau dianggap hodoh dan tidak mempunyai nilai. Sekarang cuba tanya, siapa tak kenal Picasso.

Berbalik kepada cerita kawan saya yang bercinta dengan wanita hodoh tadi, mereka melayari bahtera cinta selama hampir dua tahun. Ciri wanita hodoh ini tidak pernah timbul dalam pertimbangan rasional kawan saya. Dia juga tak pernah terfikir yang kekasihnya itu hodoh sehinggalah perempuan itu menunjukkan tanda-tanda bahawa ia memerlukan bukti kesetiaan yang melampau.

Ada satu contoh yang boleh saya berikan. Ketika itu kami dalam perjalanan melawat rumah rakan-rakan di seremban sempena hari raya. Dia memasuki kereta dan bercakap di telefon sepanjang jalan. Tapi kadang-kadang dia diam dan telefon masih di telinga untuk masa yang lama. Saya soal perbuatannya itu dan dia menjawab kekasihnya mahu mendengar perbualan kami dalam kereta takut-takut ada perempuan lain bersamanya. Padahal masa itu memang ada perempuan dan kami menuju rumah perempuan lain. Dia merasa malu dengan sarana keras supaya menghormati perbualan kerana ia memang tak sesuai didengari oleh pihak lain dan diherdik kerana kebodohan menurut kehendak yang tak masuk akal. Tapi dia tidak memutuskan pangilan sebaliknya meletakkan telefon dalam poket dada.

Semua itu dilakukan kerana menurut kehendak kekasih hodohnya supaya kesetiaan dapat terpelihara.

Wajah penulis blog ini jika boleh saya berkata jujur, adalah sangat hodoh. Jika saya dihalang dari bercakap benar, baiklah, dia cantik. Tapi saya pasti dia biasa dengan cerita di atas.

Adapun penulis blog ini tidak mengaku kehodohannya, menjadi cantik juga tidak lari dari masalah sikap. Memang benar saya mengeneralisasikan perempuan dalam dua kelompok yang dangkal tapi oleh kerana ia menjadi faktor penentu dalam mukadimah perhubungan maka tentu saja ia masuk di pemikiran bawah sedar tentang pandangan pertama.

Wanita cantik pula sukar dirapati kerana terdapat nilai keangkuhan yang harus dipelihara. Seperti sifatnya barang terhad yang mempunyai permintaan tinggi, ia tak akan selesa duduk di rak biasa. Oleh itu tempat yang sesuai baginya adalah di rak persembahan berdinding kaca. Laksana emas yang hanya boleh dilihat dari luar, dikagumi, dan dihajati sekalian umat bernafsu. Justeru hanya yang berani memecahkan kaca atau yang berduit sahaja dapat memlikinya.

Demi memelihara keangkuhan dan darjat sosial, perempuan cantik tidak akan begitu tersinggung dengan lelaki yang curang. Mendapatkan jaminan setia bukanlah satu matlamat dalam hubungan bagi wanita cantik. Mereka lebih cenderung untuk kelihatan baik, dilihat ceria dan dapat menjadi penyeri majlis atau perkumpulan rakan-rakan. Seolah-olah bagi mereka, jikalau mereka tiada di sesuatu keramaian, majlis itu akan suram. Lihatlah wajah mereka yang terlihat seperti mengetahui bahawa ada orang yang mendambakan kehadirannya.

Jika perempuan hodoh menangis tak kunjung sudah apabila mendapati pasangan mereka curang, wanita cantik cukup sekadar memberi reaksi selamba. Bahkan lebih hebat, mereka juga akan mengaku pernah berlaku curang. Ini dapat memelihara ego supaya tidak terkubur dengan tindakan selingkuh yang seolah-olah memberi maksud dia itu tidaklah secantik mana dan tidak dihargai.

Jadi kesimpulannya perempuan hodoh sangat mudah didapati dan sangat susah ditinggalkan. Manakala wanita cantik pula sangat sukar dirapati dan mudah untuk ditinggalkan. Namun dalam alam ini yang membuat segala keputusan adalah makhluk bernama wanita, berjantina perempuan, atau betina bagi yang binatangnya. Lihatlah di mana-mana tempat sekalipun, kalau di hadapan anda kucing, si jantan akan mengurat dan cuba mengawan dengan betina idamannya. Kadang-kadang sampai dua-tiga jantan yang mencuba satu betina. Tapi di akhir permainan si betina yang akan membuat keputusan. Dan keputusan itu hanya satu.

Memang pilihan terletak ditangan lelaki. Tetapi keputusan terletak ditangan perempuan. Di sini kita dapat lihat lemahnya fungsi keluarga kerana perempuan zaman ini telah diserahkan hak 100% untuk membuat keputusan bagi hidupnya. Sedang kita semua tahu, sejak trend ini berlaku, kes penceraian tidak pernah menunjukkan tanda mahu surut.

Selama saya mengenal wanita, perempuan atau betina, mereka sentiasa mempunyai satu masalah yang tak kunjung sudah iaitu masalah tidak tahu apa yang mereka hendak.

Itulah sifat yang harus diberi penilaian dalam mukadimah perhubungan. Nah siapa kata rupa paras tak penting?