Kesan penggunaan internet kepada jiwa.
Jika anda biasa menggunakan internet, maka berhati-hatilah : Banyak kajian psikologi, kelakuan, dan neurologi telah mendedahkan maklumat tentang bagaimana internet mampu mewayar semula otak, menyelubungi minda dan menumpulkan ketajaman fikiran.
Antara kesan yang jelas :
Orang yang membaca teks yang mempunyai link hanya membaca sedikit berbanding orang yang membaca dari bahan bercetak.
Orang yang menerima gangguan berterusan dari email dan popup lain kurang peka berbanding orang yang mempunyai masa untuk memberi perhatian.
Multitasker (orang yang membuat banyak perkara pada satu masa) kurang kreatif dan kurang produktif daripada mereka yang membuat satu kerja pada satu masa.
Jaringan Sosial yang membekalkan arus mesej pendek boleh memendekkan perhatian, menghilangkan kesabaran dan membuat orang muda lebih mementingkan diri sendiri.
Ketahui bagaimana internet membentuk akal kita, mengajar kita berhenti berfikir, bagaimana ia melatih kita menjadi pemikir yang sempit dan akhirnya menjadikan kita manusia kurang cerdik berbanding dahulu. IM, permainan komputer, e-book, dan sebagainya sedang menggugat kualiti hidup kita. Ia sedang mempengaruhi cara kita bertindak dan berfikir dan seterusnya mengubah kita, sama ada sebagai individu mahupun masyarakat.