Kemudian aku teringat betapa bosannya dia. Tidak berhenti mengomel betapa dirinya hodoh. Cantik padanya bila bogel tiada cela. Sebab gusar dia kembali ke dalam kincir. Setelah itu dia pun diam. Pokpekannya jadi hilang. Yang kedengaran cuma ketawa genit bila ada yang menggamit. Dia pergi tanpa pamit. Cuma aku yang lupa bahawa dia amat membosankan.