Jumaat

menjadi diri sendiri

orang muda memang sibuk menjadi diri sendiri. barangkali mereka lupa bahawa yang sebenarnya mereka masih mencari diri sendiri. dirinya masih belum ada identiti sendiri. tetapi tetap degil. apabila ditanya mengapa sesetengah orang muda itu melakukan sesuatu yang bodoh seperti berbogel sambil diambil gambar dengan mudah mereka menjawab "ini adalah aku".

"ini adalah aku"

ada yang kata dirinya tergambar dari kelakuan bintang rawk. ada yang kata dirinya tak sama dengan paris hilton. tapi bila ditanya siapakah si anak muda itu? dengan mudah kita dapat menyamakan dirinya dengan si polan yang selalu muncul di kaca tv.

menurut Professor Aaron T. Beck (1997), segala punca kegilaan bermula dengan perkataan 'diri'. diri adalah barang yang tidak pernah menjadi milik sesiapa apatah lagi dijadikan suatu paksi perlakuan. dalam buku La Tahzan oleh Dr. Aidh (2004) juga menyatakan bahawa masalah menjadi diri sendiri ini telah lama wujud, ia wujud seusia adam A.S.

jadi orang muda, apalah yang hendak dicari dari diri?. apakah kamu lupa bahawa segala identiti yang menjadi ikutan amat berkesan merubah anutan?

Khamis

perkahwinan

jika seorang anak muda menyatakan niatnya untuk berkahwin, maka dia akan dinasihatkan oleh orang yang tua darinya bahawa mereka belum cukup matang untuk membuat keputusan sebegitu. mereka juga akan diberitahu yang 'ini adalah serius dan ia akan melibatkan seluruh hidupnya', dan banyak lagi. ada juga orang tua memberitahu yang 'mereka muda dan patut habiskan masa berseronok dahulu' sebelum terikat dan merudum dan hilang rasa bebas.

jadi, perkahwinan adalah suatu perkara yang menyusahkan. ia serius dan tidak boleh dibuat main-main. benar. statistik menunjukkan bahawa separuh dari jumlah orang yang berkahwin berakhir dengan penceraian. tanpa ragu, yang bertahan juga mungkin akan bercerai. kesimpulannya kebanyakkan orang berkahwin tidak menikmati hidup mereka. namun, impian teragung manusia adalah untuk berkahwin dan hilang rasa bebas.

gila!

dari mana datangnya kebahagiaan dalam berkahwin? bahagian mana yang seronok dan ceria dalam alam perkahwinan?

Seks?
Anak-anak?

apalagi yang tidak dilakukan oleh orang bujang zaman sekarang?
sekarang ramai orang bujang melakukan seks dan mempunyai anak. gay dan lesbian juga berjimak dan beranak.

apakah cinta yang menyebabkan orang mahu berkahwin?
apakah cinta mengikat suami-isteri?
apakah cinta itu sebenarnya satu bahagian serius dalam perkahwinan?
apakah cinta juga yang merobohkan perkahwinan?

Selasa

Farid

Though I love you
Though you know how hard it was
Though I don’t know how you feel
Though I’m going to pretend that I still have hope
Though I’m not really good in faking it
Though you know how I feel
Though you felt offended
Though most of the blog posts were about you,
Though you are not reading this

I still consider you as myself
A part of me that i rarely mentioned
I am deeply sorry, Farid
I keep separating you from Amir

Jumaat

bebas?

kita selalu berkata

bebas sebebas burung

tapi mengapa kita sering mengurungnya didalam sangkar?

Khamis

.

Kering nilai subur makna
Hadiah kubawa melintas surga
Datanglah ramai meminta-minta
Beriku cuma wajah gembira


Serik berkasih sampai berdagang
Harapku cuma dikau 'kan terbang
Jauhlah kasih jauhlah sayang
Jangan dikenang aku yang curang