Khamis

Pentas

bunyi biola dari pentas
bisik-bisik lembut menunggu sepenuh nafas
apakah kau dengar degup jantungku?

apakah kau masih membenarkan aku gugup?
lalu turun dan kecewa
sambil melindung malu dengan wajah ceria?

titis peluh pun turun perlahan-lahan
gelisah memerhati mata diremang sinar
ketika ku takut kau senyumlah lebih mesra
lebih yakin

aku kecil di depan wajah suram
wajah harapan
sinar kini melihatku tajam
meresapi dinding gelap jari-jari cahaya

ketika ku tahu ini rasamu
ketahuilah ini juga perasaanku

Jumaat

terima kasih lesbian

~perkara ini ditulis dengan rasa ingin berterima kasih yang amat sangat tidak kiralah samada ia akan dianggap sebaliknya~


dalam cerita ini ada seorang gadis tidak buruk yang sering saya amati kelakuannya. semalam dia termenung memandang saya barangkali dia tertanya-tanya mengapa tiada seorang pria yang berkesan menembus hatinya. saya diam dan tidak bertanya justru membuat andaian yang bukan-bukan. melihat kelibat gadis itu mengingatkan saya kepada seorang jiran di shah alam. dia adalah perempuan yang ceria dalam kekurangan bilangan lelaki.

sama seperti gadis yang saya selalu perhatikan tadi, dia juga tidak buruk. dia gemar menampal solekan. pada hemat saya gadis yang memakai solekan amat prihatin dengan penampilan atau sekurang-kurangnya gigih mencari perhatian. tetapi saya tidak dapat menempatkan nafsu kepada gadis jenis ini kerana bila dicium ia berbekas, bila ditampar ia berhabuk. saya kurang minat watak opera. mungkin ada banyak lelaki bukan gay yang sependapat dengan saya. mungkin kerana itu juga perempuan jenis ini semakin pupus di mata lelaki.

namun begitu, kehendak perempuan jenis ini untuk mendapat teman belum berakhir. di sinilah datangnya rasa terima kasih yang teramat sangat dari saya kepada penyelamat keadaan. dengan kehadiran lesbian hidup mereka kini berteman. tiada lagi termangu menunggu semangat gigih. saya juga sudah jarang merasa kasihan terhadap perempuan jenis ini.

kebelakangan ini ada banyak pertubuhan yang melindungi hak wanita. kadang-kadang saya berasa kagum dengan mereka dengan anggapan bahawa persatuan dapat melindungi satu jantina. tidak cukup dengan itu negara ini juga ada kementerian yang ditubuh khusus bagi menjaga hak wanita. hak yang mereka rasa perlu di jaga. entah apa saya pun kurang pasti. tetapi umumnya kita sedar mereka menentang poligami.

justru benarlah jika mereka katakan yang perempuan zaman ini sudah tidak lagi memerlukan lelaki. atau mungkin juga kerana lelaki sudah tidak memerlukan mereka. iyalah, yang menolak poligami itu siapa? bukankah menolak poligami bermaksud menolak wanita? tetapi bagus juga hidup dizaman ini. perkara sekecil ini bergerak secara automatik. mula-mula mereka menolak poligami, kemudian ada berlambak wanita tidak berteman, selepas itu berevolusi menjadi homosex, dan kemudian gembira.

terima kasih lesbian. saya tidak perlu lagi merasa susah hati dan kasihan.