Jumaat

terima kasih lesbian

~perkara ini ditulis dengan rasa ingin berterima kasih yang amat sangat tidak kiralah samada ia akan dianggap sebaliknya~


dalam cerita ini ada seorang gadis tidak buruk yang sering saya amati kelakuannya. semalam dia termenung memandang saya barangkali dia tertanya-tanya mengapa tiada seorang pria yang berkesan menembus hatinya. saya diam dan tidak bertanya justru membuat andaian yang bukan-bukan. melihat kelibat gadis itu mengingatkan saya kepada seorang jiran di shah alam. dia adalah perempuan yang ceria dalam kekurangan bilangan lelaki.

sama seperti gadis yang saya selalu perhatikan tadi, dia juga tidak buruk. dia gemar menampal solekan. pada hemat saya gadis yang memakai solekan amat prihatin dengan penampilan atau sekurang-kurangnya gigih mencari perhatian. tetapi saya tidak dapat menempatkan nafsu kepada gadis jenis ini kerana bila dicium ia berbekas, bila ditampar ia berhabuk. saya kurang minat watak opera. mungkin ada banyak lelaki bukan gay yang sependapat dengan saya. mungkin kerana itu juga perempuan jenis ini semakin pupus di mata lelaki.

namun begitu, kehendak perempuan jenis ini untuk mendapat teman belum berakhir. di sinilah datangnya rasa terima kasih yang teramat sangat dari saya kepada penyelamat keadaan. dengan kehadiran lesbian hidup mereka kini berteman. tiada lagi termangu menunggu semangat gigih. saya juga sudah jarang merasa kasihan terhadap perempuan jenis ini.

kebelakangan ini ada banyak pertubuhan yang melindungi hak wanita. kadang-kadang saya berasa kagum dengan mereka dengan anggapan bahawa persatuan dapat melindungi satu jantina. tidak cukup dengan itu negara ini juga ada kementerian yang ditubuh khusus bagi menjaga hak wanita. hak yang mereka rasa perlu di jaga. entah apa saya pun kurang pasti. tetapi umumnya kita sedar mereka menentang poligami.

justru benarlah jika mereka katakan yang perempuan zaman ini sudah tidak lagi memerlukan lelaki. atau mungkin juga kerana lelaki sudah tidak memerlukan mereka. iyalah, yang menolak poligami itu siapa? bukankah menolak poligami bermaksud menolak wanita? tetapi bagus juga hidup dizaman ini. perkara sekecil ini bergerak secara automatik. mula-mula mereka menolak poligami, kemudian ada berlambak wanita tidak berteman, selepas itu berevolusi menjadi homosex, dan kemudian gembira.

terima kasih lesbian. saya tidak perlu lagi merasa susah hati dan kasihan.

10 ulasan:

lumut berkata...

semakin hari wanita itu semakin tiggi egonya..
lupa akan tugas nya untuk menjadi tulang belakang kejayaan si lelaki..

lelaki pula semakin hari semakin gila akan kuasa dan kegagahannya..
sehingga lupa akan tanggungjawabnye untuk melindungi dan mengasihi...

itulah manusia akahir zaman..
aku sgt takut akan kehancuran dunia..
bagaimana pula kamu??
nice en3 bro.=)

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH SBB BERANI TULIS POST YG SENSASI SEBEGINI...........SEYES AKU XBRANI NK CKP CMTU...........

TP APE YG AKU NK KOMEN SEBENARNYE....
NILAH TANDA-TANDA KIAMAT......-NADEY-

sAzUwI berkata...

aku tak terpkir plak idea ko nie..

muler2 menentang poligami, pastue bertambah wanita tak berteman, yg berteman tue tiber2 jadik teman sama2 lak, dan...

byk kener pikir klu nak buat sesuatu perkara tue...

Mahadewaratna_Sari berkata...

Lumut :
dulu di sekolah ada guru yang berpesan bahawa di hujung zaman sewaktu hari semakin padam ramai manusia tahu dan sedar mereka tak lagi dapat bertahan lama. mereka tahu yang hari itu semakin tiba. semakin dekat semakin mereka lupa. samalah seperti orang yang ada didekat. orang itulah yang kerap dilupa.

Nadey :
terima kasih nadey

Sazuwi :
senang je nak fikir.
1. takde ape yang muktamad dalam dunia ini kecuali pegangan agama
2. manusia lemah dan penuh kemungkinan
3. kita ada daya untuk keluar dari kebuntuan hukum manusia

mike-L berkata...

mendalam-dalam kayuhan kata-kata nih...

i quote "tidak dapat menempatkan nafsu kepada gadis jenis ini kerana bila dicium ia berbekas, bila ditampar ia berhabuk. " secara total saya bersetuju dengan ini.

sarcastic bagi aku.haha..cool

Tanpa Nama berkata...

mahadewaratna- welcome...n ape yg ko ckp tu betol sgt2

mike-L- besh kn ayat tu??? seyes aku xsangke org leh wat kiasan yg mcmtu...

astrina s. berkata...

loving this!

sayang berkata...

aku tidak menentang poligami...nabi juga berpoligami..aku pun x faham nape pmpuan takut akan polgami..itu hak lelaki..x de yg kekal selamanya.aku pn takut akan tanda2 akhir zaman ini...hanya doa dan amalan mampu selamatkan diri..ya Allah..jauhkan la aku dan umat islam dr azab api nerakaMU ya Allah..

Nodja berkata...

post paling jujur pernah ku baca ;)

Alia Ramley berkata...

giler sinis..
but cool... nice en3.. hehe..