Jumaat

tindakbalas berantai

pernah suatu ketika dahulu saya melihat seorang sahabat yang begitu gigih memujuk hati kekasihnya supaya kembali membina semula harapan yang telah hancur. dalam pada yang sama gadis yang menjadi punca kehancuran itu pula terlalu berharap bahawa beliau meninggalkan bekas kekasinya dan seterusnya melakar jalan cerita baru. walhal gadis itu sendiri sedang berhadapan dengan masalah bekas kekasinya yang mana terus-terusan menggangunya setiap hari agar dia dapat bersamanya semula. apalah yang dikatakan dengan nasib, lelaki itu juga mempunyai skandal tetap yang setia menunggu masa sang kekasih pergi untuk merampas hatinya. adapun begitu, si gadis skandal tiada ketinggalan dalam rantaian ini kerana sebelum ia menjadi setia untuk menunggu masa, dia telah memberikan sepenuh simpati kepada sang miskin yang alim. namun, rantaian buat sang skandal berbeza kerana sang miskin adalah seorang yang cerdik. hanya sang skandal yang merasa dirantai. iaitu oleh rasa bersalah. sang miskin tidak memohon hati, dia makan sayur. suatu hari sang alim pergi ke pasar membeli sayur. sayur itu sebelumnya hadir dari ruang belakang sebuah lori. sebelum ia menjadi hijau ia adalah sebutir benih yang tidak berupaya menyerap air dan matahari. sang alim membawa sayurnya ke rumah. dimasaknya semangkuk sup bersama beberapa ketul daging sotong. lalu dijamah dan dicernakan olehnya makanan itu. empat jam selepas itu ia ke tandas. mengangkat tangan dan ploop!

1 ulasan:

mike-L berkata...

hahaha...then what happen