Ahad

gementar


Sajak buat dua Luna

tuangkan deritamu padaku
aku telah belajar merasai pedih lewat ciumanmu
yang hinggap ke pipiku.
lalu aku pinjam kata-kata puitis
untuk menghantarkanmu
pada kenangan jauh
yang tidak terjangkau
oleh panjang ingatan.

ada rahsia dalam kenangan
yang membuka jalan terus
menuju dada dan kepala
agar dapat kau sepenuhnya lupa
bahawa pada hari ini
di suatu tempat yang lain
lelaki yang kau cintai
sedang berasmara
dengan temanmu.




Tiada ulasan: