Isnin

Anak Bodoh



(Bersempena hebahan keputusan UPSR)

Tidaklah anak itu merasa kecewa dengan keputusan peperiksaannya tetapi kecewa melihat ibu-bapanya yang punyai harapan menggunung dan kini terpaksa mengadap sanak saudara membawa seorang anak bodoh.

Hari ini Ibu Bapa yang ada anak sebaya akan menelefon sanak saudara kemudian membanding-banding anak siapa bodoh dan anak siapa pandai. Anak kecil yang tiada upaya hanya ada pilihan untuk berontak atau malu.

Barangkali inilah pertama kali anak kecil penuh gembira merasai suasana benar-benar berkesan memberi perasaan yang tidak enak. Dirasakan olehnya aib, gelap masa depan dan gundah kerana keputusan peperiksaan.

1 ulasan:

mawar berkata...

Dan anak kecil itu, akhirnya membesar dengan ketentuan berahi keputusan periksa yang diidami ibu bapa.