Aku menunggu dengan sabar
Tulisanmu yang tak pernah aku balas
Aku ingin membacamu lagi
Dan berpuas hati kerana kau masih kau
Aku melayang di atasmu
Menanti kau tuliskan hatimu
Aku ingin memujimu lagi
Dan melayan perasaan yang tak terungkap
Aku mundar mandir di lorong-lorong yang kau lalui
Mengekori lirikan pandangan
Aku ingin lihat pelabuhan matamu
Dan apa yang penting bagimu kini
Aku mahu kau letak kepala di pehaku
Melihat bintang di langit jernih
Aku ingin kau
Dan berdua denganku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan