.
huh? topik ni lagi?
~harap maaf aku kurang mahir menulis~(ya, benar)
watak-wataknya terdiri dari yang mudah-mudah difahami sahaja seperti pengemis dan pemberi wang.
script begin:
pengemis: kau ade duit?
pemberiwang: siapa kau?
pengemis: akulah pengemis dan layaklah aku mendapat wang darimu
pemberiwang: mengapa begitu?
pengemis: kerana aku yang minta dan kau yang punya wang
pemberiwang: bagaimana jika aku yang minta wang darimu?
pengemis: itu tidak mungkin berlaku kerana aku tak punya wang
pemberiwang: jika begitu apakah isi mangkuk mu itu? ianya seperti wang.
pengemis: ya ini wang tapi bukan untukmu, ini untukku seorang sahaja
pemberiwang: jadi apa layaknya kamu meminta dari ku sedang kamu sendiri tiada memberi?
pengemis: kerana aku pengemis dan kau pemberi wang
......
......
berpandangan tanpa berbunyi.
.....
.....
pemberiwang: jika aku beri kau wang, kemanakah akan kau belanjakanya?
pengemis: perempuan, dadah dan arak
pemberiwang: adakah kau masih muda?
pengemis: ya, masih punya banyak masa oleh itu aku mengemis disini dan menunggu wang dari orang sepertimu
pemberiwang: maka apakah yang akan terjadi selepas kau mendapat wang dariku?
pengemis: aku akan menjadi bahagia sehingga aku puas dan boleh meminta lagi selepas kehabisan bahagiaku
pembariwang: apakah kau bahagia dengan sekadar wang?
pengemis: ya, kerna aku dibenci rakan dan keluargaku. Hanya wang yang membawa ku bahagia
pemberiwang: dan apakah kau akan bahagia jika mempunyai rakan yang menyayangimu?
pengemis: ya, ia akan membuatku rasa wujud dan dihargai
pembariwang: baiklah, aku ingin menjadi rakanmu. Adakah kau bahagia sekarang?
pengemis: tidak, aku cuma perlu wang darimu
pemberiwang: jikalau begitu maka gagallah aku membantumu wahai pengemis. aku sendiri perlukan rakan yang menyayangiku.
pengemis: apakah layak aku bertemankan kau?
pemberiwang: tidak. kerana kau cuma perlukan sifat sementaraku dan aku juga tidak layak bertemankanmu kerana aku butuh kasihsayangmu.
.....
.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan