Khamis

perkahwinan

jika seorang anak muda menyatakan niatnya untuk berkahwin, maka dia akan dinasihatkan oleh orang yang tua darinya bahawa mereka belum cukup matang untuk membuat keputusan sebegitu. mereka juga akan diberitahu yang 'ini adalah serius dan ia akan melibatkan seluruh hidupnya', dan banyak lagi. ada juga orang tua memberitahu yang 'mereka muda dan patut habiskan masa berseronok dahulu' sebelum terikat dan merudum dan hilang rasa bebas.

jadi, perkahwinan adalah suatu perkara yang menyusahkan. ia serius dan tidak boleh dibuat main-main. benar. statistik menunjukkan bahawa separuh dari jumlah orang yang berkahwin berakhir dengan penceraian. tanpa ragu, yang bertahan juga mungkin akan bercerai. kesimpulannya kebanyakkan orang berkahwin tidak menikmati hidup mereka. namun, impian teragung manusia adalah untuk berkahwin dan hilang rasa bebas.

gila!

dari mana datangnya kebahagiaan dalam berkahwin? bahagian mana yang seronok dan ceria dalam alam perkahwinan?

Seks?
Anak-anak?

apalagi yang tidak dilakukan oleh orang bujang zaman sekarang?
sekarang ramai orang bujang melakukan seks dan mempunyai anak. gay dan lesbian juga berjimak dan beranak.

apakah cinta yang menyebabkan orang mahu berkahwin?
apakah cinta mengikat suami-isteri?
apakah cinta itu sebenarnya satu bahagian serius dalam perkahwinan?
apakah cinta juga yang merobohkan perkahwinan?

5 ulasan:

Amaloth berkata...

kdg2 btol ke cinta sahaja cukup utk memastikan ikatan perkahwinan tu kekal?? Rasanya sesuatu perkahwinan tu kekal disbbkn kasih syg+tanggungjwb..

junior berkata...

kerana perkahwinan itu menghalalkan yang haram di antara lelaki dan perempuan ajnabi
bila mana lelaki dan perempuan itu ditakdirkan untuk bersama
demi cinta
demi tanggungjawab
demi meneruskan hidup!
kerana perkahwinan itu tegak bersama cinta
cintakan sebuah ikatan perkahwinan itu
namun cinta ini hanya diesedari jika seseorang itu ingin menyedarinya
dan perkahwinan itu runtuh akibat cinta?
itu bukan lah jawapan
kerana manusia berubah
kerana kita adalah individu unik
seharusnyalah wujud ikhtilaf

Mahadewaratna_Sari berkata...

benar.


perkahwinan adalah sebuah bingkai. didalamnya ada kanvas tanggungjawab dengan lukisan ragam yang terbina dari warna-warni berus si pelukis generasi.

terima kasih junior. ia sangat memberi ilham

lumut berkata...

benar,manusia itu semakin bodoh.
perkahwinan mcm dah xde kemanisan..
tah pape je..

caluk@cencaluk berkata...

masalahnyer lepas kahwin org dah x nak bercinta, sebab dah puas bercinta sebelum kahwin kih2 --> salam ramadhan