Ahad

tak faham bai

hari ini saya mengada-ngada mahu menulis tentang GST yang saya kira amat mengelirukan. atas beberapa sebab yang di petik dari sini


Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang. --cool, ni sudah bagus


Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai.  --ok, rakyat kena GST peniaga boleh turun harga, kalau depa tak mau macam mana? meniaga bukan mau untung ka? 

GST akan menurunkan Indeks Harga Pengguna (IHP) tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain.  --ok faham, lepas kerajaan buat GST harga mungkin tak turun mungkin tak naik. abis apsal buat? 


Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan. --haha ini paling lawak, kalau depa merajuk takmau turun harga macam mana? ni nak pujuk pakai apa? mainan ke?

kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan --kalau harga berpatutan tu depa yang tentukan macam mana?

Kami meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST -- ini aku tak faham

Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar empat peratus adalah kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku. --ok, kerajaan kurangkan cukai lepas tu nak tambah pendapatan. lagi tak faham.

Beliau menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara. --oh maknanya kerajaan bukan nak cari untung. macamana dengan GST sumber pendapatan jadi pelbagai?