saya terlupa suatu perkara tentang blog ini. saya terlupa yang saya menulis bukan kerana inginkan orang membaca tulisan saya. oleh itu saya selalu sukar hendak memulakan penulisan ketika kepala berat memikirkan apa yang orang hendak baca. yang sebenarnya saya jadi buntu kalau menumpu kepada kehendak orang. tiada nilai kreatif yang mampu dipancut jika menulis kerana mahu di baca.
sekarang saya ingatkan diri. saya menulis kerana kegiatan ini adalah terapi terbaik ketika saya gundah, ketika mengelamun dan melayang jauh dari ingatan-ingatan tentang keabadian dan akar pokok-pokok yang mati.
tapi inilah masalahnya bila menulis sekadar untuk melepaskan gian.
saya tak faham anda pun tak faham.
1 ulasan:
saya faham sebab saya juga seperti anda. blog saya ialah diari saya yang tak berkunci dan bermangga.
Catat Ulasan