Ahad

memujuk bidadari

wahai bidadariku,
sang rembulan,
semua orang yang berkelana,
juga pujangga yang pernah bersimpati.

aku titipkan sebuah kisah semalam buat kiamat yang hadir dalam mimpi.

aku bangun dari tidur lewat tengah hari. matahari terik membuat aku ingin menarik langsir yang terbuka. aku pun pergi ke tingkap dan terkejut kerana parking yang selalu aku lihat tidak lagi berada di situ. ia penuh dengan air. bilikku seolah-olah sedang terapung di tengah lautan. aku tidak mengerti apa yang sedang berlaku lalu aku keluarkan katilku dari ke luar tinggkap dan menaikinya seperti menaiki sampan. aku dayung dengan tangan ke arah yang tidak tentu. nampaknya seluruh hamparan bumi telah ditenggelami air. tiada lagi bukit dan bangunan tinggi. aku teruskan dayungan sehingga bertemu mahathir. dia sedang berpaut di sebatang kayu kerusi. aku tanyakan padanya apa sudah berlaku? ini kiamat katanya.

kami kemudian mendayung bersama. aku masih di atas katil dan dia berpaut di kayu itu. setelah itu kami berjumpa bush. dia sedang bersama beberapa juaknya. perkara pertama yang aku sebutkan kepadanya adalah "fuck you". aku rasa benci amat kepadanya - entah kenapa. juaknya selepas itu mengocak-ngocak air dan terkena kepada aku. aku marah, aku katakan "aku di atas katil. katil tak boleh basah". mereka berhenti berkocak. mahathir dan bush sejurus itu (dalam keadaan terapung-apung berpaut kepada kayu) bertekak soal itu ini. bisingnya menjemput gelandangan seperti anwar, wakil greenpeace, ang san syu ki, dan presiden pbb. mereka terdengar bunyi bising dan semua sedang berkumpul - berpautan pada kayu - aku masih di atas katil melihat gelagat mereka dalam suasana hampir tegang.

tidak lama kemudian mereka berkocak beramai-ramai. aku takut basah lalu aku undurkan katilku kebelakang takut terkena air. ini katil, katil mana boleh basah, kataku dalam hati.

anwar ternampak aku sedang mengundur dan dia bertanya "mengapa kau undur kebelakang?" "aku takut basah" jawabku.

lalu semua memandang ke arah ku. bagaikan terlihat lembu panggang yang sedap di makan. kerana dengki melihat aku di atas katil maka semuanya mengocakkan air ke arah aku.

aku terasa amat basah.

aku bagun dari tidur.

aku terasa amat marah.

anwar celaka.

seluar basah.

2 ulasan:

pablo.L berkata...

"mimpi basah" yang paling tidak mengghairahkan. haha

belle ernesto berkata...

rubber dinghy rapids bro