Jumaat
Sangkal
dia ada,
dan perasaan ini benar,
cubalah kau sangkal kenyataan ini,
berbahagiala dengan sankalanmu itu,
dan hiduplah dalam penafian.
biarkan aku mendengarnya sebagai angin,
sangkali apa yang kau rasakan,
maka akan ku temukan mu dengan sesalan,
melihat ku memilikinya.
tak peduli keadaan ini,
ku ingin milikinya.
Khamis
Tell me why you're crying...
i let my mind split again, but this time i really dont know which one is which. everything seems to be similar. ooh, i miss my mind.
Why are you crying?
Because I’m happy…
Why are you so choked up?
From loneliness…
Why are you squeezing my hand so tight? And your mind seems to be wandering?
I love you so much.
Why?
Don’t be so hard-headed, stop doubting me. It doesn’t matter what the future holds. I’m not afraid, I just want to love you.
Don’t love me because you think I’m different.
You don’t think it’s right for us to spend this time together?
Don’t love me because I know what a lie it’d be.
If you don’t think I deserve your love then don’t love me. I’m going to stay.
Don’t love me because I’m lost…because I change the world…because it’s destiny…because this is impossible. We are like a mirror image of each other. We are one and the same.
Don’t love me to be dying in a war of regret. Don’t love me to hold me back. I want to rise above.
This love deserves to soar through the sky.
I don’t know what to say. That’s the truth. When people want to, they can really hurt you.
If you and I part now, it won’t matter to anyone in this world. Don’t leave me all alone…
Don’t leave me, don’t leave me. Don’t listen when I say, “Don’t love me.”
Don’t leave me, stop breaking my heart with that “Don’t love me.”
Don’t love me, I’m begging you to leave.
You know very well I can’t do that. It’s useless. I’ll always love you.
Don’t love me, I’ll only make you suffer. My heart has turned cold with this.
Don’t love me to run away from your sadness. I want you to love me because you love me.
Don’t love me, one day we’ll soar with each other and be together forever.
This love is like the sun that comes after a terrible storm…
Like two comets in the same galaxy.
Isnin
Invited reader only
Khamis
"Uninvited"
Like anyone would be
I am flattered by your fascination with me
Like any hot-blooded woman
I have simply wanted an object to crave
But you, you're not allowed
You're uninvited
An unfortunate slight
Must be strangely exciting
To watch the stoic squirm
Must be somewhat heartening
To watch shepherd need shepherd
But you you're not allowed
You're uninvited
An unfortunate slight
Like any uncharted territory
I must seem greatly intriguing
You speak of my love like
You have experienced love like mine before
But this is not allowed
You're uninvited
An unfortunate slight
I don't think you unworthy
I need a moment to deliberate
Isnin
Aku namakannya Jow.. Untuk Jomblow
Kisar-kisar cerita ayol..
Asap asap segar baru sahaja melepasi ruangan mulut. Kepulan itu lepas bebas dihembus keluar melewati seluruh bilik mesyuarat kami. Lalu sahabat bersurah. Surahnya kali ini berkisar tentang biografi seorang gay. Untuk pengetahuan, Gay dan homoseksual adalah alahan istimewa kami.
Isteri kepada seorang kaki perempuan baru sahaja melahirkan anak. Lelaki jantinanya. Pukul sebelas malam tanggal jun 2009, bapa baru sahaja meninggalkan HKL untuk ke doraisammy. Perasaan ibu bercampur-campur. Sedih, kecewa dan tersisih itu perasaan tetapnya. Namun malam itu suatu rasa meresap halus ke dalam. Anak itu dirasakannya malang kerana lahir manyertai kesengsaraan hidup sebuah keluarga.
Wajahnya mirip kaki perempuan itu. Jow dan ibu menyambut setiap tahun baru dengan hati yang lega kerana mendapat nafkah zahir setiap bulan dari kaki perempuan. Bapa kahwin lagi tetapi kali ini kantoi dengan polis moral – dia lupa untuk bernikah dahulu. Malang nasib, isteri barunya belum sempat lagi merempit. Jendela rumah baru bapa kini adalah besi tahan karat.
Hanya tiga tahun Jow berbapa, kini Jow berumur dua belas tahun dan tidak sabar-sabar menunggu keputusan UPSRnya. Dia berharap untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh hanya sebagai memenuhi kehendak semantaranya. Berkat doa ibu, Jow akhirnya dapat juga mendaftar di Sekolah Menegah Anderson, Ipoh. Salah satu sekolah All-Boys yang berprestij di Perak.
Kritik, pandangan dan saran. Sila berikan untuk perkembangan dan susun atur cerita.
AMIR MASIH BEGITU
Gundah berlari-lari
Sekarang masa untuk berkata benar biarpun saya sendiri tidak mengerti dari sudut mana ‘benar’ itu dilihat.
Dalam ruangan bual saya ditegur oleh En. Adam. Dia adalah rakan baik saya dari kolej. Khabarnya dia baru sahaja menerima hadiah maha agung iaitu kesedaran. Surahnya turun dari mimpi sebuah kematian yang amat menyayat hati dan disambung dengan kandungan talkin dari email. Saya sedar perkara ini memberi maksud bahawa En. Adam sudah membuka ruangan baru dalam erti bertuhan dan secara langsung berjalan di atas lembaran baru penuh tangisan dan sesalan.
Begitu juga rakan – rakan yang lainnya. Ada beberapa orang yang lain juga menerima hadiah sebagaimana En. Adam – mereka cukup sembahyang. Dosa mereka per hari semakin berkurangan. Hadiah sebegini memang menakjubkan. Saya bahkan lebih taksub dengan hadiah ini dari hisham rais atau pilihanraya kuala terengganunya. Soal hari perhitungan ini benar-benar menghilangkan segala nafsu.
‘Sombong’ kata seorang rakan. ‘Sesat’ tuduh seorang lagi rakan.
“Kau masih macam dulu” kata En. Adam. Di saat itu saya keliru dengan maksud perkataan ‘berubah’.
Hari ini lagu yang bermain semuanya mellow.. Dia suka lagu butter.. bagus..
Khamis
Gelandangan ini mula berjalan.
~wahai tuhan, hanya satu ku pinta pada waktu ini supaya kau tabahkan hati mereka yang memerlukanku di saat ini. Sesungguhnya hamba mu ini tak berupaya untuk berada di banyak tempat dalam satu masa yang sama.~
Di atas jalan yang sunyi, sepanjang garisan pantai, jauh sekali dari orang tersayang, rakan dan keluarga. Letih dan dalam kerinduan tatkala sekali lagi gelandangan ini memulakan langkah menuju sebuah harapan baru sementara memainkan semula ingatan waktu bersama mereka.
Dengan ilmu cetek dan umur pendek, saya menulis di atas kesedaran diri yang sedang dalam penafian ketika sedang berjalan menghampiri sebuah banggunan yang menggingatkan saya kepada seseorang. Bukan sahaja banggunan itu yang menggingatkan saya terhadapnya. Saya juga banyak menulis dan membaca kerananya. Kenangan saya terhadap banggunan itu adalah pada impiannya yang mahukan sebuah memori indah diabadikan dalam suasana mashur. Dia juga ingin saya tetap menjadi rakan baiknya setelah berkahwin kelak. Saya sambut baik harapan itu tanpa sebarang pertanyaan. Namun, buat masa sekarang saya harus melupakan dia dan semua impiannya kerana kami saling tidak mengenali.
Akhirnya saya sampai ke masjid. Hari ini khutbahnya berbeza dari 200 hari lepas sebelum Pembentuk mengambil kepercayaan penduduk setempat. Saya perhatikan ramai jemaah dari golongan pelajar walaupun di sekitar masjid ini terletaknya syarikat melayu-islam seperti tabung haji, bank islam, petronas, felda, celcom, dan kampung baru SDN BHD. Sekali-sekala terbayang suasana seakan sama seperti di dalam televisyen. Arus fikiran pula mula menghubungkan jumaat hari ini dengan ahad di gereja. Bezanya cuma pada ritual penutup dan kedudukan hadirin juga kerancakkan pembacanya. Sayup kedengaran khutbah sambil saya simpulkan anutan itu masih berseteru. Meskipun begitu, saya masih bersimpati terhadap rakan-rakan penulis yang sudah tidak punya tuhan. Kepada siapa nak mereka mengadu...
Melihatkan gerai-gerai yang berhimpitan di susur masjid membuat saya menggelengkan kepala. Kali ini sebuah gerai baru telah di buka sebagai mengambil kesempatan terhadap peluang ekonomi jumaat. Meletup leher saya gelengkan kepala. Gerai itu menjual pakaian lusuh a.k.a bundle. Small tip sampoerna dinyalakan sambil bergerak perlahan di celah manusia kelas pekerja. Saya menggunakan jalan berbeza untuk keluar dari masjid.
Terdapat sebilangan tapak jualan kereta terpakai di sepanjang Jalan Semarak ke Jalan Gurney. Ada yang mewah dan ada yang nampak seperti setor besi buruk. Tetapi saya lebih tertarik kepada sebuah tapak jualan yang seperti setor besi buruk kerana diantara kereta pamerannya adalah Mercedes. ‘Tahun 2000 RM25k’ tertulis di cermin CLK itu. Namun warnanya hijau. Sangat buruk mengikut pandangan perempuan. Sangat tak peduli pula mengikut pandangan lelaki saya. Kedua-duanya dijanakan oleh otak single core yang baru saya update pada tahun lepas untuk membuat beberapa multi-tasking. Mercedes, Mercedes... setiap pagi melintasi tapak itu pandangan pasti tidak akan dilepaskan dari melihatnya.
Gelandangan ini masih berjalan dan dengan berjalan sahajalah hatinya tenang kerana dia tahu bahawa dia sedang berlari. Jauh dari masalah yang kecil dan membazir waktu. Demi menyingkap permasalahan yang lebih berguna dia harus pergi dan membiarkan belakangnya melengkapkan taburan yang berkecai secara semula jadi itu. Dia bukan pembantu. Bukan juga penyelamat. Dia hanya datang sekali-sekala untuk menumpang. Selamat datang dan selamat jalan amir...
Kau ditabuti cahaya dan sinar kekaguman dan riuhnya tepukan. Meksi kau tersenyum namun orang pun tahu apa isi hatimu tatkala kau lagukan lagu sedih. Perjalan hidup mu ditinggal harapanmu. Dari sebuah desa berbekal para para baris ayat yang terluah dari hati yang pedih. Datang ke sebuah tempat kau jelaskan rasa hatimu dengan penuh semangat yang menyembunyikan perit tusukan hakikat kebenaran. Tetapi masih bermain di hati adalah sebuah kemaafan bagi mengakhiri hidup ini dengan tenang. Kekuatanmu masih berterusan menyembunyikan keberkecaian harapanmu. Sampai nanti satu hari kau kan pergi lagi. Kali ini ke sebuah ruang sempit nan sepi. Berseorangan dan tempang.
Di ruang itu nanti kau lihatlah kekaguman dunia ini. Semasa lahirmu di besarkan menjadi seorang yang berguna. Kau gunakan didikanmu itu untuk sebuah pengharapan yang kau tahu takkan kekal. Kemudian kau akan gambira apabila harapan mu itu menjadi kenyataan. Bagi yang bertaburan di tengah jalan kau akan berputus asa. Berpatah balik apabila perang pengharapan itu kau kalah. Nasib kau baik. Kau masih selamat. Hidup untuk berpeluang mengharapkan sesuatu. Kemudian di saat-saat akhir hidupmu kau sedari yang kau hanya punya satu lagi harapan terakhir. Bukan untuk dipanjangkan nyawa. Tetapi untuk didampingi orang tersayang.
Pernahkah anda merasa kecurian? The conflict of trust.
Have you ever felt stolen? Sebuah konflik kepercayaan
“Trust is both important and dangerous. It is important because it allows us to form relationships with others and to depend on others—for love, for advice, for help with our plumbing, or what have you—especially when we know that no outside force (e.g. the law) compels them to give us such things. Trust always involves the risk that the trusted person (hereafter, the “trustee”) will not pull through for the trusting person (hereafter, the “truster”). If the truster could guarantee that the trustee would pull through, then the truster would have no need to trust that person. The truster therefore cannot assume, while trusting, that the trustee will do what s/he is trusted to do because the trustee has no legitimate choice in the matter. Since people often can choose whether to pull through for us, we often need to trust them.”
Apa yang akan anda fikir bila orang yang sedang berbual dengan anda secara tiba-tiba mengatakan segala apa yang keluar dari mulut anda adalah bohong dan dusta secara seluruhnya?
Dengan alasan yang kepercayaanya telah di curi.
Dan pada anda alasan itu separa logik. Maka pastinya ketidakpuasan hati memerangkap kelakuan anda untuk bersedia dalam membentuk serangan mempertahankan diri. Anda menyerang dan dia menegaskan untuk sekian kalinya yang di sudah tidak punya percaya.
Dia percaya dia sudah tiada lagi percaya untuk diberi kepada manusia lain. Kerana percaya padanya adalah satu tenaga... satu harta... sebuah diri... setelah semua itu sebelumnya diberikan kepada seseorang dan dibawanya pergi lalu hilang, bagaimana dia mahu beri keprcayaan? percaya kepada tuhan itu caranya dengan menyerahkan diri kepadanya dan melaksanakan janji-janjinya... manusia akan mula rasa dicuri apabila tuhan yang mereka percaya itu hanya dusta – apabila tiada balasan terhadap kepercayaan mereka. Hanya mungkin itu hikmahnya hidup di dunia yang sekadar menguji kepercayaan. Hanya mungkin itu jawabnya bercinta dengan tuhan.
Apakah mungkin untuk anda memberi seluruh kepercayaan kepada orang yang tidak anda cintai? Ambil rakan sebagai contoh (perempuan) mampukah anda mempercayai mereka sebagai penyimpan besar rahsia anda? Walau sudah anda ketahui bahawa berkongsi rapat rahsia dalaman adalah sebagai bayaran kepada keakraban mutlak.. adakah anda sanggup? Apakah kata-kata ‘frens forever’ itu hanya lahir setelah anda mula merasa kepercayaan anda terbeli dengan rahsia-rahsianya? Ataupun hanya sebagai satu deklarasi pengunguman bahawa anda-anda telah berkongsi banyak rahsia dan percaya satu sama lain? Now.. let see. Mengapa perlu ia diiktiraf sebagai satu rahsia terlebih dahulu sebelum mahu ia di jadikan asas perkongsian kepercayaan terkuat?
Jawabnya ada pada kehendak kebersamaan.
[sorry, this article should be longger.. kawan ku curik sum of my research paper lak (kecik, bagi balik paper ku! Kang ku bgtau mak kau ape ko buat smalam hahaha!!)]
so – until next time. Chow.
Amir