Khamis

Gelandangan ini mula berjalan.

Gelandangan ini mula berjalan.

~wahai tuhan, hanya satu ku pinta pada waktu ini supaya kau tabahkan hati mereka yang memerlukanku di saat ini. Sesungguhnya hamba mu ini tak berupaya untuk berada di banyak tempat dalam satu masa yang sama.~

Di atas jalan yang sunyi, sepanjang garisan pantai, jauh sekali dari orang tersayang, rakan dan keluarga. Letih dan dalam kerinduan tatkala sekali lagi gelandangan ini memulakan langkah menuju sebuah harapan baru sementara memainkan semula ingatan waktu bersama mereka.

Dengan ilmu cetek dan umur pendek, saya menulis di atas kesedaran diri yang sedang dalam penafian ketika sedang berjalan menghampiri sebuah banggunan yang menggingatkan saya kepada seseorang. Bukan sahaja banggunan itu yang menggingatkan saya terhadapnya. Saya juga banyak menulis dan membaca kerananya. Kenangan saya terhadap banggunan itu adalah pada impiannya yang mahukan sebuah memori indah diabadikan dalam suasana mashur. Dia juga ingin saya tetap menjadi rakan baiknya setelah berkahwin kelak. Saya sambut baik harapan itu tanpa sebarang pertanyaan. Namun, buat masa sekarang saya harus melupakan dia dan semua impiannya kerana kami saling tidak mengenali.

Akhirnya saya sampai ke masjid. Hari ini khutbahnya berbeza dari 200 hari lepas sebelum Pembentuk mengambil kepercayaan penduduk setempat. Saya perhatikan ramai jemaah dari golongan pelajar walaupun di sekitar masjid ini terletaknya syarikat melayu-islam seperti tabung haji, bank islam, petronas, felda, celcom, dan kampung baru SDN BHD. Sekali-sekala terbayang suasana seakan sama seperti di dalam televisyen. Arus fikiran pula mula menghubungkan jumaat hari ini dengan ahad di gereja. Bezanya cuma pada ritual penutup dan kedudukan hadirin juga kerancakkan pembacanya. Sayup kedengaran khutbah sambil saya simpulkan anutan itu masih berseteru. Meskipun begitu, saya masih bersimpati terhadap rakan-rakan penulis yang sudah tidak punya tuhan. Kepada siapa nak mereka mengadu...

Melihatkan gerai-gerai yang berhimpitan di susur masjid membuat saya menggelengkan kepala. Kali ini sebuah gerai baru telah di buka sebagai mengambil kesempatan terhadap peluang ekonomi jumaat. Meletup leher saya gelengkan kepala. Gerai itu menjual pakaian lusuh a.k.a bundle. Small tip sampoerna dinyalakan sambil bergerak perlahan di celah manusia kelas pekerja. Saya menggunakan jalan berbeza untuk keluar dari masjid.

Terdapat sebilangan tapak jualan kereta terpakai di sepanjang Jalan Semarak ke Jalan Gurney. Ada yang mewah dan ada yang nampak seperti setor besi buruk. Tetapi saya lebih tertarik kepada sebuah tapak jualan yang seperti setor besi buruk kerana diantara kereta pamerannya adalah Mercedes. ‘Tahun 2000 RM25k’ tertulis di cermin CLK itu. Namun warnanya hijau. Sangat buruk mengikut pandangan perempuan. Sangat tak peduli pula mengikut pandangan lelaki saya. Kedua-duanya dijanakan oleh otak single core yang baru saya update pada tahun lepas untuk membuat beberapa multi-tasking. Mercedes, Mercedes... setiap pagi melintasi tapak itu pandangan pasti tidak akan dilepaskan dari melihatnya.

Gelandangan ini masih berjalan dan dengan berjalan sahajalah hatinya tenang kerana dia tahu bahawa dia sedang berlari. Jauh dari masalah yang kecil dan membazir waktu. Demi menyingkap permasalahan yang lebih berguna dia harus pergi dan membiarkan belakangnya melengkapkan taburan yang berkecai secara semula jadi itu. Dia bukan pembantu. Bukan juga penyelamat. Dia hanya datang sekali-sekala untuk menumpang. Selamat datang dan selamat jalan amir...

Kau ditabuti cahaya dan sinar kekaguman dan riuhnya tepukan. Meksi kau tersenyum namun orang pun tahu apa isi hatimu tatkala kau lagukan lagu sedih. Perjalan hidup mu ditinggal harapanmu. Dari sebuah desa berbekal para para baris ayat yang terluah dari hati yang pedih. Datang ke sebuah tempat kau jelaskan rasa hatimu dengan penuh semangat yang menyembunyikan perit tusukan hakikat kebenaran. Tetapi masih bermain di hati adalah sebuah kemaafan bagi mengakhiri hidup ini dengan tenang. Kekuatanmu masih berterusan menyembunyikan keberkecaian harapanmu. Sampai nanti satu hari kau kan pergi lagi. Kali ini ke sebuah ruang sempit nan sepi. Berseorangan dan tempang.

Di ruang itu nanti kau lihatlah kekaguman dunia ini. Semasa lahirmu di besarkan menjadi seorang yang berguna. Kau gunakan didikanmu itu untuk sebuah pengharapan yang kau tahu takkan kekal. Kemudian kau akan gambira apabila harapan mu itu menjadi kenyataan. Bagi yang bertaburan di tengah jalan kau akan berputus asa. Berpatah balik apabila perang pengharapan itu kau kalah. Nasib kau baik. Kau masih selamat. Hidup untuk berpeluang mengharapkan sesuatu. Kemudian di saat-saat akhir hidupmu kau sedari yang kau hanya punya satu lagi harapan terakhir. Bukan untuk dipanjangkan nyawa. Tetapi untuk didampingi orang tersayang.

Tiada ulasan: