Kisar-kisar cerita ayol..
Asap asap segar baru sahaja melepasi ruangan mulut. Kepulan itu lepas bebas dihembus keluar melewati seluruh bilik mesyuarat kami. Lalu sahabat bersurah. Surahnya kali ini berkisar tentang biografi seorang gay. Untuk pengetahuan, Gay dan homoseksual adalah alahan istimewa kami.
Isteri kepada seorang kaki perempuan baru sahaja melahirkan anak. Lelaki jantinanya. Pukul sebelas malam tanggal jun 2009, bapa baru sahaja meninggalkan HKL untuk ke doraisammy. Perasaan ibu bercampur-campur. Sedih, kecewa dan tersisih itu perasaan tetapnya. Namun malam itu suatu rasa meresap halus ke dalam. Anak itu dirasakannya malang kerana lahir manyertai kesengsaraan hidup sebuah keluarga.
Wajahnya mirip kaki perempuan itu. Jow dan ibu menyambut setiap tahun baru dengan hati yang lega kerana mendapat nafkah zahir setiap bulan dari kaki perempuan. Bapa kahwin lagi tetapi kali ini kantoi dengan polis moral – dia lupa untuk bernikah dahulu. Malang nasib, isteri barunya belum sempat lagi merempit. Jendela rumah baru bapa kini adalah besi tahan karat.
Hanya tiga tahun Jow berbapa, kini Jow berumur dua belas tahun dan tidak sabar-sabar menunggu keputusan UPSRnya. Dia berharap untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh hanya sebagai memenuhi kehendak semantaranya. Berkat doa ibu, Jow akhirnya dapat juga mendaftar di Sekolah Menegah Anderson, Ipoh. Salah satu sekolah All-Boys yang berprestij di Perak.
Kritik, pandangan dan saran. Sila berikan untuk perkembangan dan susun atur cerita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan