Isnin

hati

hati sakit perempuan itu.

hatinya telah terbarai. semalam hatinya dihempas ke lantai berselerak dengan tempik dan luka. dia tahu, kawan tak-rapatnya akan hadir tepat pada waktu-waktu begini. sudah lama dia menunggu tapi kawannya itu masih tidak kelihatan. dia sabar dan memulakan langkah dengan sendiri sahaja.

dari jauh kawan tak-rapatnya memerhati gerak geri perempuan itu. jelas yang perempuan itu sedang menuju hadirnya. dibukanya tangan dengan lapang menunggu datang berpeluk.

tapi perempuan itu tidak pun memeluknya. kawan adalah sorang yang amat perasan. perempuan itu memeras tangan kawan dan mendahului perjalanan. kawan mengekori sambil memegang tangan perempuan.

perlahan sahaja perjalanan mereka. kadang-kadang berhenti ketika letih. tapi keseronokan lebih penting ketika ini. kawan dan perempuan berjalan menuju suatu tempat misteri yang hanya mereka anggap sebagai mimpi.

sesudah menikmati perjalanan yang tidak berapa jauh, mereka membawa diri mengasing. tapi keasingan tidak pernah datang ketika mereka bersama semula. kerana mereka memang bertemu dan berpisah seperti hanya mereka sahaja yang melakukanya begitu.

namun di separa pengasingan, pada hari berangin dengan daun-daun terbang itu perempuan bertanya kepada kawan, "adakah kau memarahi aku?" ia lebih kepada monolog yang dipenuhi soalan-soalan yang tidak perlu dijawab.

dari senyap kawan berkata "kalau aku memarahi kau, terpaksalah kau cari punching-bag baru". ketawa mereka menutup cerita. ia bagaikan sebuah pengakhiran yang indah.

Tiada ulasan: