Tifani Teh sedang melihat-lihat orang yang lalu-lalang. aku berada di depannya tapi bukan menghadap. bertentangan meja tifani ada longgokan buku politik. aku singgah di situ membeli buku zaid melayu. aku ke mejanya ketika aku benar-benar mahu membaca buku rangginya secara sendirian.
di atas meja ada notis : "penulis akan menconteng buku secara percuma". tapi nama perempuan itu bukan tifani.
akak ke penulis buku ni?
bukan, inilah taf teh, buku yang itu penulisnya sedang ditemuramah. jawab seorang lelaki yang duduk di sebelahnya
betul taf teh? name sebanar akak ape?..
ye, ni lah taf teh name sebenar dia tifani teh jawab lelaki itu lagi.
name adik ape? tanya tifani
amir, amir farid
kenape name akak macam orang putih?
haa.. bapak dia orang german, tu pasal la nama macam orang putih, tapi muka celup kakaka! sambung lelaki itu lagi.
kau beli la dua buku, dapat diskaun dan free majalah ini ujar lelaki itu.
kak, saya beli. yang dua ni. (sambil menyerahkan buku kepadanya)
lelaki yang ak dikenali itu becakap lagi. jap ye, akak ni kelam kabut sikit, ni first time jumpa peminat la katekan (tifani sedang meguis-nguis beg tangan)
haa.. ni pen, nama amir ye?
ye.
awak kenal mamat tu? (sambil menuding kepada lelaki yang tak henti-henti menjawab soalan aku tadi).
tak, siapa dia?
awak bia betul tak kenal?
betul.
dialah sufian abas, mamat cool terkenal di serata maya.
hmm... maafkan saya, saya tak berapa maya
facebook ada?
tak
myspace?
tak
fwenster?
tak
lelaki itu tidak lagi memandang aku, dia nampak seperti sedang becakap dengan lelaki yang baru duduk di sebelahnya. mulut terkatup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan