Jumaat

Maka bersemilah cinta - cinta yang ber-semi

ada sesuatu dirambutmu. apakah itu? mari aku lihat. owh sekuntum bunga bewarna kuning, mungkin ia telah diterbangkan angin. tapi aku sangat ingin menepisnya. membiarkan rambutmu terus hitam sekata tanpa tona. apa? kau suka. baiklah aku tepis bunga itu. sekarang ia berada di atas bangku. kita tunggu lagi sehingga ada sesuatu yang boleh dibualkan. sementara itu mari dengar bunyi angin.

shuu.. shuu.. shuu..

apa yang kau cakap tadi? aku seolah-olah mendengar kau berkata sesuatu. owh ya, umurku ya? duapuluhdua. ada lagi soalan? aku bukan tergesa-gesa tapi kau sungguh membosankan. apa? aku bebahasa kasar ya. hahaha.. aku yang berlembut mungkin melemahkan kau nanti. aku tak mahu kau rebah terlalu awal. rasanya kurang seronok jika begitu.

shuu.. shuu.. shuu..

apakah kau mahu segera pulang? merenung-renung jam tangan sebegitu seakan memberi isyarat yang kau kurang selesa berbual dengan aku. owh, rupanya begitu, ada seseorang sedang menuggu. baiklah, kalau itu bukan alasanmu, maka pergilah. membuat orang menunggu boleh mendatangkan kekecewaan.

shuu.. shuu.. shuu..

mengapa masih disini lagi?

shuu.. shuu.. shuu.. Awak diam boleh tak! gile ape!

1 ulasan:

Aishah Nur Hakim berkata...

haha..
betapa romantiknya kalau boleh ganas macam ni..

baru la tak rasa macam orang sengal.