Selasa
matinya pascamoden
kebanyakkan filosof poscamoden adalah guru di universiti dan mereka mencari makan dengan berfalsafah. dari premis itu saya lihat mereka berhadapan dengan bahaya tempat kerja atau "occupational hazard" yang mendorong mereka mencipta karya yang benar-benar "signifikan" atau "luar biasa" demi meningkatkan pengaruh kerjaya dengan menolak lumrah supaya khalayak benar-benar terkesima. oleh kerana pascamoden mencadangkan bahawa "realiti" adalah suatu yang telah dikonstruk dan "kebenaran" itu adalah relatif juga menghampir kepada "tiada" maka bagaimana dapat saya bersetuju dengan orang yang menyuruh saya tidak bersetuju dengan semua perkara, justeru saya simpulkan bahawa filsafat pascamoden telah mengalami penyakit megalomania dan mati dalam kubur keraguan. kesan pada hari ini kita dapat lihat bahawa pelajar tidak lagi memulakan persoalan falsafah dengan akal yang sehat tetapi dengan kata-kata filosof profesional. ~ sila beri tunjuk ajar, jika salah saya mahu betulkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan