Selasa

pohon merdeka

malam ini bersempena menyambut hari dekolonisasi 31 Ogos, saya telah menjalankan aktiviti penanaman pokok.

mula - mula saya ambil sebuah botol kentang dari dalam tong sampah. kemudian saya kerat ia supaya dapat memakai bahagian bawah botol itu. saya tebuk beberapa lubang kecil untuk aliran air dan masukkan tanah yang halus yang hampir menjadi tanah liat - tetapi kering. selepas itu saya masuk bilik air dan renjis sedikit air keatas tanah itu - perlu berhati hati supaya tidak menjadikannya terlalu basah.

setelah selesai urusan pasu, saya kembali ke kamar dan ambil beberapa benih baik dari sahabat jiwa. saya tanam ia di permukaan supaya ia dapat menikmati cahaya matahari, merasai basah dari air, dan zat - zat dari tanah.

"ini benih baik. aku tanamkan kau dalam diriku. tumbuhlah" ~ Soe Hok Gie

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

“Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan... kenyataan ketinggian akhlak rakyat.”– pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy

salam kemerdekaan & mari hayati pengorbanan mereka yg sebelum kita dgn melayari http://10tahun.blogspot.com/