Ahad

Abang Gedang



Dahulu saya pernah menulis suatu cerita dengan menggunakan pen dan kertas. ketika itu saya sedang mengaji di kuantan. orang yang menyuruh saya menulis cerita adalah pensyarah bernama Mr. Joe. dia seorang melayu berbadan kurus dan pernah belajar di timur tengah. kata arahannya adalah "write anything".

saya buka tudung pen dan pinjam kertas dari seorang kawan bernama Lala. kertas itu tidak pernah saya pulangkan.

saya rapatkan mata pen ke atas kertas dan mula menulis. setelah selesai saya lihat ada lima perenggan semuanya tanpa sebarang kesilapan ayat dan ejaan.

tepat waktu saya berhenti menulis Mr. Joe pun datang mengutip setiap helaian yang ditulis pelajar kelas itu.

lalu dia beri komen. kata beliau tentang tulisan saya adalah "interesting".

sebenarnya saya tulis sebuah cerita rekaan. ia berkisahkan seorang ketua pelajar yang mengedar dadah dengan rakan baiknya. begini ceritanya.

ada seorang remaja baik sifatnya dan menarik perwatakkannya. dia belajar di sebuah kolej di pinggiran bandar. oleh kerana dia kelihatan mempunyai karisma dan bijak menarik perhatian dia diangkat menjadi ketua pelajar. dia bernama Peter.

setelah ditabal, seorang rakannya yang pernah rapat di kampung telah ditakdirkan masuk ke kolej itu untuk menyambung pelajaran. dia bernama John.

Suatu hari John pergi berjumpa Peter untuk berbincang masalah pelajaran. katanya kursus di kolej itu memerlukan tugasan yang terlalu banyak. jadi John meminta pertolongan dari Peter supaya dia tidak perlu bersusah payah melakukan tugasan.

akan tetapi Peter tidak menolong sekadar untuk membuat kebaikan. dia memerlukan wang kerana imejnya yang baru mengkehendaki dia untuk sentiasa kelihatan segak dan bergaya di mata masyarakat kolej.

John dan Peter pernah bersama-sama menghisap dadah semasa di kampung dahulu. Peter sudah berhenti tetapi tidak bagi John.

justeru John mencadangkan rancangan menjual dadah di kolej itu. setelah penelitian dibuat mereka mengenal pasti beberapa pelajar yang berpotensi untuk dijadikan pelanggan. Peter mula-mula ragu tetapi lama-lama dia setuju. Peter bertindak sebagai tonto kalau-kalau ada pemeriksaan mengejut.

perniagaan mereka berjalan lancar dan kemewahan yang baru kelihatan menarik minat perempuan di kolej itu.

namun kedua-dua sahabat itu secara diam telah menyimpan perasaan terhadap seorang perempuan bernama Elizabeth. Elizabeth adalah perempuan kedua tercantik di dalam kolej itu. perempuan paling cantik pula bernama June. oleh kerana June adalah perempuan simpanan pensyarah maka mereka tiada pilihan lain.

Seminggu sebelum hari kekasih Peter mencabar John untuk mengorat Elizabeth sehingga dapat. John menyahut cabaran itu dengan semangat membara. Peter mempunyai agenda tersembunyi, tujuan Peter mencabarnya adalah untuk melihat kesilapan yang bakal dilakukan oleh John supaya dia dapat melakukanya lebih baik.

Peter yakin John gagal dalam cabarannya.

Semasa John sedang sibuk merencanakan pengoratannya, Peter secara senyap telah mengembangkan pengedarannya ke kolej berdekatan. Segala keuntungan dibolot olehnya dan tidak sedikit pun dapat dihidu oleh John.



Setelah seminggu ternyata John gagal memiliki Elizabeth.

Peter mengorak langkah dengan penuh yakin. dia kini memiliki perkakas yang lebih mewah berbanding John. Ditambah pula dengan pengetahuan tentang kesilapan John iaitu gelojoh, maka Peter pun mengorat Elizabeth dengan jayanya.

mereka bersatu dan sering tidur bersama.

John cemburu dan sangsi kepada Peter. tambahan pula keuntungan John mulai susut. dia curiga dengan kegiatan Peter. dia mengintip gerak geri Peter.


menjelang Krismas permintaan dadah semakin meningkat kerana pelajar-pelajar di kolej tidak mahu putus bekalan ketika berada di rumah kelak. John melalui pengedar-pengedarnya terlalu sibuk untuk mengetahui kegiatan mereka sedang dihendap.

Peter merasa gagal dan amat tertekan. perniagaannya gagal dan perempuannya dirampas kawan sendiri.

Peter merasa sangat keseorangan di malam Krismas lalu dia ke luar. bergelandangan tanpa arah - mabuk dan khayal dadah.

dia berhenti di kedai senjata dan membeli revolver bersama sekotak peluru.

dia ke rumah John.

"macam sial" kata Peter

bang!

peluru menembusi tengkorak John dan darah bersepalit di dinding belakang John. semua tetamu panik dan bertempiaran.

Peter turut lari.

tiga bulan selepas kejadian Elizabeth mengambil alih perniagaan John - bersama teman lelakinya yang telah lama dikenali sebelum John.

rupanya ia adalah plot teman lelaki Elizabeth. Harry telah lama bermusuhan dengan John kerana pernah merampas pelanggan ketika di kampung dulu.

murung dan bersalah dan berseorangan, Peter menyesal tak sudah.

Bang!

sekian

1 ulasan:

sukamonolog berkata...

sangat menarik. elizabeth sering digambarkan sbg wanita cantik dan seksi biar pun hanya pada nama. watak yg sgt sesuai dlm kisah ini. tahniah!