Rabu

menjadi subjek dalam ceramah

anda pernah mendengar ceramah?
berada dalam kumpulan orang yang ramai.
dalam surau atau masjid.
menunggu habis tapi berisi.
lalu didengar seluruhnya.
ada yang lawak
ada sinis
ada cerita,
cerita anda,
buat renungan orang lain.

anda tak selesa,
ingin lekas keluar,
tapi terlalu jelas,
anda takut malu,
tapi bukan perbuatan itu,
perbuatan memalukan,
bukan takut melakukan,
tapi takut dimalukan.

seperti berada dibawah mikroskop,
anda telanjang,
di bawah mata-mata besar,
diteliti mana cela dan hodohnya,

anda melihat warga ceramah,
tertawa,
tertawa,
mereka jelas memahami lawaknya,
tapi anda murung,
ada awan hitam berkepul,
bersama ruang gelap dan kecil,
seperti ada belenggu besar,
mahu jatuh atas kepala.

kemudian dia beralih tajuk,
anda lega sebentar,
anda berfikir dalam,
kemudian ia masuk ke bawah sedar,
mengganggu,
dan menusuk pangkal hati

anda merasa seperti dirasuk,
satu perkara aneh.

aneh kerana mimpi-mimpi,
hanya terasa himpitan keras,
bukan lagi imej-imej kejam,
yang dulu pernah memberi peringatan,

anda gagal membuka mata.
tidak ada upaya bernafas,
dalam dunia hitam legam,
tiada yang hadir memberi pertolongan

anda lelah,
ibarat terpasung,
kemudian dipaksakan mencari cahaya.





Tiada ulasan: