Sabtu

tanah

Kekuatan UMNO itu terbina kerana adanya PAS. UMNO terus relevan di mata MCA dan MIC kerana wujud kebimbangan terhadap politik Islam yang dibawa oleh PAS. Persoalannya, jika DAP boleh berdamping dengan PAS, apakah keberatan yang dihadapi oleh MIC dan MCA? apakah UMNO memberi manfaat kepada mereka dari segi ekonomi? Jika ya, tidakkah pelik orang melayu memberi duit kepada orang cina? PAS ada dari sekecil2 tadika hinggalah dewan persidangan - sendiri, dari duit derma dan kutipan - bukan duit kerajaan. UMNO pula hanya ada PWTC yang namanya ENGLISH bersepadan dengan UMNO dan dananya tidak tahu datang dari mana.

Bukan tarikh kekalahan BN atau keburukan mereka yang perlu disuluh disini, tetapi realiti. Jika anda seorang cina MCA atau india MIC, apakah yang anda mahukan dari saya sebagai ganti anda menyokong saya dalam pilihanraya?

Sebelum anda menjawab, saya teringat sebuah buku bertajuk "Bumi Dipijak Milik Orang" yang dibuat khas bagi mengumpul ucapan-ucapan pemimpin UMNO di dalam sesebuah persidangan atau upacara rasmi.

Saya tak pasti sama ada pengarang mahu memberi sedikit jenaka dalam tajuknya atau beliau benar-benar serius dalam memilih tajuk itu. Bagi saya, pengarang seumpama memiliki satu keajaiban cekap yang berupaya menjadi magis ketika diperlukan.

Tiada ulasan: