"hidup sangat bosan. balik kerja, duduk dalam bilik sampai malam tidur. esok pagi, bangun pergi kerja. tiap hari buat benda sama. hm memang lifeless... :( "
tidakkah kau merasa diri kau sangat beruntung mempunyai rutin yang sangat membosankan? sampai masa kau akan dapat habuan. tidak perlu berfikir berat untuk mencari makan atau selesaikan masalah hidup. tidakkah kau merasa seronok hidup dalam keadaan berkejar-kejaran keluar dan masuk kotak simen? tidakkah kau tahu kau selamat dari segala bahaya dunia?
apakah kau tidak mahu berterima kasih kepada aturan-aturan dan jadual yang telah membantu kau menyusun hidup dengan lebih terperinci?
mengapa kau tidak sanggup mengatakan ini sebagai hidup dan bahagia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan