Khamis

tarianmu mengingatkan aku kepada seseorang

barangkali hatinya sedang parah. atau mungkin tidak tahu arah. debu-debu kota yang hinggap menebal di kulit anak malang. anak miskin di kota. gigih mencari jalan-jalan pintas. di tepian jalan, di atas bumbung, bawah jambatan, belakang lorong, mana sahaja asalkan alam tidak mengganggunya.



anak miskin di kota. tidak berontak dan tiada yang mahu memanjakan. hanyut atau berpaut tidak akan merubah apa-apa. sekelumit senyuman dari laluan kaki lima adalah sedekah bahagia yang tidak mengenyangkan. ia akan tetap menanti dan memandang langit. menunggu isa. menunggu kiamat. atau sekurang-kurangnya menunggu giliran untuk mati.

lepas dan bebas. buat apa dijuangkan katanya.

Tiada ulasan: