Selasa
Apa yang anda mahu rasa?
Tentang pilihan dan perubahan dalam keputusan.
Perasaan letaknya dalam hati. Hati dalam bahasa Arab adalah "qolbu" yang berasal dari perkataan "qalb" iaitu sejenis daging yang berdetak-detik dalam keadaan berbolak balik.
Berbolak-balik
Jadi perasaan berubah ubah. Mungkin pada waktu kita merancang sesuatu kita berperasaan ingin merasai sesuatu apabila peristiwanya terjadi. Tetapi, barangkali disebabkan oleh tarikan lain, kita tergelincir dan menikmati suatu rasa yang lain pada peristiwa yang dinanti itu. Contohnya pemuda A ingin meraikan hari raya dalam suasana seronok taman tema bersama teman rapat. Tapi disebabkan teman wanitanya mahu mengekor apa yang bakal dirasasakannya pun justru berubah.
Tamak Rasa
Seperti harta, wang, dan makanan, perasaan adalah suatu rezeki yang membawa nikmat. Tuhan maha cerdik, tidak semua manusia mendapat rezeki yang sama. Ada yang kaya harta miskin maruah, ada yang miskin jiwa kaya masa. Barangkali ada juga yang mampu menyelami berbagai-bagai rasa tapi tak punya upaya pergerakan.
Menjadikan rasa sebagai suatu matlamat akhir adalah perkara biasa. Seseorang membunuh kerana ingin merasakan sesuatu mungkin rasa selamat atau bangga atau cuma mahu merasai cabaran. Nyatanya manusia dipacu oleh kehendak merasakan sesuatu. Ada juga perasaan yang tidak dimahukan, seperti risau. Bahkan matlamat menjadi kaya itu sendiri terhasil dari idea anti kerisauan. Justeru menjadi kaya adalah menjadi bebas risau.
Barangkali pemuda yang dicontohkan tadi terlalu tamak rasa. Beliau ingin merasakan segalanya pada satu masa. Di samping seronok bersama teman, beliau tidak meninggalkan teman wanitanya. Namun ia bukanlah semudah yang disangka, teman wanitanya hanya mahu berkepit sepanjang masa.
Maka, separuh daripada rasa percutian itu terkorban demi mendapat nikmat bersama teman wanita. Apa yang dirasakan cuma cuti dan wanita, selebihnya tiada kerana... beliau tidak ikut serta aktiviti. Kerugian hanya dirasakan apabila segalanya tamat dan barulah beliau sedar bahwa ianya hanyalah hari biasa yang boleh didapati bila-bila.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan