Isnin

AMIR MASIH BEGITU


Gundah berlari-lari


Sekarang masa untuk berkata benar biarpun saya sendiri tidak mengerti dari sudut mana ‘benar’ itu dilihat.

Dalam ruangan bual saya ditegur oleh En. Adam. Dia adalah rakan baik saya dari kolej. Khabarnya dia baru sahaja menerima hadiah maha agung iaitu kesedaran. Surahnya turun dari mimpi sebuah kematian yang amat menyayat hati dan disambung dengan kandungan talkin dari email. Saya sedar perkara ini memberi maksud bahawa En. Adam sudah membuka ruangan baru dalam erti bertuhan dan secara langsung berjalan di atas lembaran baru penuh tangisan dan sesalan.

Begitu juga rakan – rakan yang lainnya. Ada beberapa orang yang lain juga menerima hadiah sebagaimana En. Adam – mereka cukup sembahyang. Dosa mereka per hari semakin berkurangan. Hadiah sebegini memang menakjubkan. Saya bahkan lebih taksub dengan hadiah ini dari hisham rais atau pilihanraya kuala terengganunya. Soal hari perhitungan ini benar-benar menghilangkan segala nafsu.

‘Sombong’ kata seorang rakan. ‘Sesat’ tuduh seorang lagi rakan.

“Kau masih macam dulu” kata En. Adam. Di saat itu saya keliru dengan maksud perkataan ‘berubah’.


Hari ini lagu yang bermain semuanya mellow.. Dia suka lagu butter.. bagus..

4 ulasan:

astrina s. berkata...

no need to be that formal okai, mistah!

HuRry aDam berkata...

tiba saatNya manusia harus tunduk menangis memohon keampunan TuhannYa yang satu...

Nafasku, detik jantung ini, kehidupan ini, ibu

dan ayahku, rakan-rakan belahan jiwaku ini adalah

anugerah teragung KurniannYa..padaNya

kesyukuran yang Maha Agung..

Mahadewaratna_Sari berkata...

yes. i do agree. TQ for the comment

Tanpa Nama berkata...

hurm... adakah kesedaran itu b'sifat sementara??? bukan untuk m'gutuk tetapi kawan ku diatas seakan lupa dengan keinsafan yang dia inginkan... mungkin juga aku silap sebab dah lama tidak bertemu... tapi ku kuat merasakan yang dia tidak ubah seperti dulu cuma lebih b'hati-hati... nauzubillah... ku hanya mampu meneka... seorang kawan yang sudah bersama...