Jumaat

darjah mana?

darjah kebodohan tahap apa yang anda perlu lepasi untuk terjun dari tingkap bangunan sepuluh tingkat?

Rabu

bagi la dia balik

chin peng bagaikan anak yang nakal lalu dihalau dari rumah. sekarang dia sudah tidak degil lagi. mungkin takkan berlaku nakal selamanya. jadi bagilah dia masuk rumah. dia juga rindukan keluarganya. menghalang kepulangannya mungkin nampak seperti rajukkan yang tak comel. sekiranya ada komunis di malaya, tak mungkin datangnya dari atuk ini. kerana barangkali sudah ada anak muda yang befahaman komunis di sini. dan fahaman tidaklah mendatangkan masalah selagi ia difahami.



cian kat dia kan bb...
tu la, sape soh bunuh orang. padan muke
ish bb ni tak baik tau.
bia dia, jangan bagi dia masuk

Selasa

putar dan tarik

aku lukiskan satu bulatan
dan berikan sepotong garisan
tepat ditengahnya
kerisauan, pergilah berehat
tenggelam sedalam mungkin
putar
putar
dan
tarik

aku lukis lagi
mekanik mengambil alih
terpisah dari fikiran, tangan berputar sendiri
putar
putar
putar
dan
tarik

aku teruskan melukis
kanu bergoyang seragam
gelora tasik menguatkan pegangan
putar
putar
dan
terapung ke uphoria


(ada malaikat berbisik : "sedap layan bai?")


aku putar semula

harap maaf, dunia yang anda hubungi telah berada di luar kawasan. Sila cuba sebentar lagi

Sabtu

demi persetubuhan!

mari maafkan United Malay National Oganization.

berkata senyap

apabila sunyi adalah sebuah perkara yang boleh dinikmati, maka aku terpanggil untuk mengungkapnya.

lalu aku lelapkan mata. bentukkan cahaya mula melakar babak mainan. didalamnya aku lihat seorang wanita separuh umur. di tengah sawah dia berdiri mengukir senyuman. tangannya melapang mengimbangi rambut yang tertiup lembut. ibarat penari pentas yang sedang mengumpul tenaga. padi-padi kuning turut longlai kerana angin. wanita itu berada tengah sawah dan sunyi tanpa teman. tapi dia menikmatinya.

Khamis

sayang, apsal kau jadi ulat gonggok?

banyaknya kaki kau sayang. bisa merayap bersama malam ini? aku suka menunggang di atas badanmu. selesa dan rata. tak perlu lagi aku betongkat siku. kona sini, kona sana. menghembus-hembus ketika mengeliat di atasmu. nampak benar kau tak hiraukan aku. tapi tak mengapalah di sini juga aku bisa melihat bulan. tapi sudut pandang disini menampakkan bulan yang cair. mungkin angkara air mata yang aku tahan tadi. tapi kini aku lepaskanya, seperti aku lepaskan kau. kini sayangku, kau telah menjadi ulat gongggok. ya, ini hakikat. tapi jika aku tahu ini impianmu, akan ku hadiahkan setin cat emulsi biru agar kau dapat melukis peta sambil merayap-rayap.

petua... nope, pemuda bercinta

bagi memanjangkan hayat percintaan, saya ada beberapa pemuda yang suka saya kongsi bersama dunia gelap ini.

bagi lelaki:
cintai dia
cintai dia
cintai dia
dan
jangan fahami dia

bagi perempuan:
fahami dia
fahami dia
fahami dia
dan
jangan cintai dia

logiknya mudah, faham dan cinta adalah dua pekara berbeza yang harus dimainkan oleh watak yang sesuai.

Selasa

Mintak tolong jangan hapuskan ISA

ISA telah terbukti sebagai satu institusi modal insan terbaik kelolaan kerajaan Malaysia. Jadi, saya minta persefahaman semua pihak, yang mana mengaku berada di pihak rakyat mahupun pihak yang menafikan status borgoise mereka supaya tidak menghapuskan akta tahanan tanpa soal ini.

"jika ada KPI untuk universiti, Kem Kamunting mungkin mendapat tempat pertama setiap tahun" - maha bukan thir

mintak tolong jangan hapuskannya.

jika kita semak kembali dari mana datangnya aktivis-aktivis sosial dan pejuang rakyat tentu kita akan merujuk kepada satu tempat yang tunggal. Kem tahanan ISA belum pernah gagal memenuhi kehendak pasaran sosial semasa. bahkan lulusan kem yang satu ini lebih banyak menulis buku daripada graduan universiti tempatan jika dikumpulkan kesemuanya.

mintak tolong jangan hapuskannya.

Jika satu hari pakatan rakyat mentadbir negara, sila kekalkan akta ini -mintak tolong-. kerana dikhuatiri pihak umno juga mahu berjuang dan sudah tentu mereka perlukan sebuah institusi sebegini. bayangkan waktu itu sudah tiada akta tahanan tanpa soal, sudah tiada kamunting, bagaimana perjuangan mereka hendak di iktiraf? ruang suara mana yang dapat mereka susurkan supaya ada yang mendengar?

mintak tolong jangan hapuskannya

sejujurnya, sebagai rakyat yang tamak kita harus sekurang-kurangya berterima khasih kepada kerajaan semasa kerana mengurus tadbir institusi ini dengan baik sekali. ISA melahirkan lagenda, ia merapatkan keluarga, kenalan bahkan mengurniakan kemahsyuran yang tidak dapat di kongsi dengan mana-mana Universiti tempatan. semuanya percuma walaupun secara paksaan.

mintak tolong jangan hapuskannya

supaya teks ini tidak dipandang dari sudut satira. ini adalah serius. saya belum ke sana.

Isnin

populariti dari bawah tanah

Tifani Teh sedang melihat-lihat orang yang lalu-lalang. aku berada di depannya tapi bukan menghadap. bertentangan meja tifani ada longgokan buku politik. aku singgah di situ membeli buku zaid melayu. aku ke mejanya ketika aku benar-benar mahu membaca buku rangginya secara sendirian.

di atas meja ada notis : "penulis akan menconteng buku secara percuma". tapi nama perempuan itu bukan tifani.

akak ke penulis buku ni?
bukan, inilah taf teh, buku yang itu penulisnya sedang ditemuramah. jawab seorang lelaki yang duduk di sebelahnya

betul taf teh? name sebanar akak ape?..
ye, ni lah taf teh name sebenar dia tifani teh jawab lelaki itu lagi.

name adik ape? tanya tifani
amir, amir farid

kenape name akak macam orang putih?
haa.. bapak dia orang german, tu pasal la nama macam orang putih, tapi muka celup kakaka! sambung lelaki itu lagi.

kau beli la dua buku, dapat diskaun dan free majalah ini ujar lelaki itu.

kak, saya beli. yang dua ni. (sambil menyerahkan buku kepadanya)

lelaki yang ak dikenali itu becakap lagi. jap ye, akak ni kelam kabut sikit, ni first time jumpa peminat la katekan (tifani sedang meguis-nguis beg tangan)

haa.. ni pen, nama amir ye?
ye.

awak kenal mamat tu? (sambil menuding kepada lelaki yang tak henti-henti menjawab soalan aku tadi).
tak, siapa dia?

awak bia betul tak kenal?
betul.

dialah sufian abas, mamat cool terkenal di serata maya.
hmm... maafkan saya, saya tak berapa maya

facebook ada?
tak

myspace?
tak

fwenster?
tak

lelaki itu tidak lagi memandang aku, dia nampak seperti sedang becakap dengan lelaki yang baru duduk di sebelahnya. mulut terkatup.

Jumaat

mat poyo dan minah tak cool tak boleh datang

KL Alternative Bookfest


Date: 09.05.2009 - 10.05.2009
Time: 12.00 - 8.00 PM
Featuring indie publishers, NGOs and also zines and DVD sellers: 26 booths in total! They are:

1. Gerakbudaya 2. SIRD 3. Horizon 4. Matahari Books 5. Oxygen & Sang Freud 6. Holograms 7. Da Huang Pictures 8. REFSA & Amnesty International 9. Aliran & The Malaysian Insider 10. Chetak Syndicate 11. The Dram Projects 12. Silverfish 13. Yayasan Tuanku Nur Zahirah 14. ZI Publications 15. Sisters in Islam* 16. CIJ 17. MSRI 18. Sindiket Soljah 19. APD 20. MEGC & IKD* 21. Emedia 22. Chin Yew 23. Ricecooker & Ying Ying 24. CERT 25. Tinta Publishers 26. Suara-Suara



*
Faisal kata * sesat

Maka bersemilah cinta - cinta yang ber-semi

ada sesuatu dirambutmu. apakah itu? mari aku lihat. owh sekuntum bunga bewarna kuning, mungkin ia telah diterbangkan angin. tapi aku sangat ingin menepisnya. membiarkan rambutmu terus hitam sekata tanpa tona. apa? kau suka. baiklah aku tepis bunga itu. sekarang ia berada di atas bangku. kita tunggu lagi sehingga ada sesuatu yang boleh dibualkan. sementara itu mari dengar bunyi angin.

shuu.. shuu.. shuu..

apa yang kau cakap tadi? aku seolah-olah mendengar kau berkata sesuatu. owh ya, umurku ya? duapuluhdua. ada lagi soalan? aku bukan tergesa-gesa tapi kau sungguh membosankan. apa? aku bebahasa kasar ya. hahaha.. aku yang berlembut mungkin melemahkan kau nanti. aku tak mahu kau rebah terlalu awal. rasanya kurang seronok jika begitu.

shuu.. shuu.. shuu..

apakah kau mahu segera pulang? merenung-renung jam tangan sebegitu seakan memberi isyarat yang kau kurang selesa berbual dengan aku. owh, rupanya begitu, ada seseorang sedang menuggu. baiklah, kalau itu bukan alasanmu, maka pergilah. membuat orang menunggu boleh mendatangkan kekecewaan.

shuu.. shuu.. shuu..

mengapa masih disini lagi?

shuu.. shuu.. shuu.. Awak diam boleh tak! gile ape!

Siapa?

tanya: mer, siapa penyanyi top zaman kau?
jawab: mane ada.

Saving America - Pothead Style



Khamis

wana catch some swine flu?


wana catch some swine flu?

as cool as it's name, as usual as flu hits the media. There will be a new blockbuster in the news. production such as this requires only plot that begins with country's name. dying citizen may increase the anxiety of viewers. emotional instability arouse seemingly in accordance to the constantly updated body count.

if we are in America we would have storm the grocery store by now. we would buy life saver gadget, guns, medicine and some will resort to nailing all windows.

as lucky as najib, we Malaysian never bother the news. thanks to the traditional media, we finds it rather logical to not to trust them.

so, wana catch some swine flu? come run with me in an open air swine-believe-to-be-having-a-flu area.

Rabu

Pilih


bila seorang teman bertutur tentang diriku
yang memancing kemarahanku
kumaafkan segala kesalahannya
dan ku redam amarahku
kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman

kami pernah punya seorang sahabat
kemudian ia menjauhi
enggan bergaul dan mengkhianati
ia berseberangan dengan kami dan semakin jauh
akhirnya kami tak mahu melihatnya kembali
dan ia pun tidak mahu melihat kami lagi

Selasa

Any color, so long as it black

reminiscence the past they said, as the boondocks of memory screams in violence to be recollected.

i browsed through February entries and surprise myself of my own writing titled Vaginal Gym. Ayol said i am good when it comes to erotic writings but that February post wasn't meant to be erotic. originally i plan to make it a semi-serious, semi-sexy drama but it turn out to be semi-erotic blasphemy.

yesterday i met a girl. she said i am just another rebina kids. her assumption made me want to investigate her skewed perspective of me.

good lord. i hate tv and radio, they cry all the time.

Isnin

Bagaimana Rasanya?

suatu hari saya telah didatangi seorang perempuan yang amat memikat wajahnya. dia terlalu banyak bersenyum sehinggakan mendatang ketawa kepada saya. lalu kami tertawa sama. kemudian bertanyalah dia kepada saya : bagaimana rasanya?

saya belum sempat memeriksa diri yang sebenarnya dia sedang bertanya. bingkas membatas, saya katakan padanya : hebat, harini mungkin hari yang indah.

hati

hati sakit perempuan itu.

hatinya telah terbarai. semalam hatinya dihempas ke lantai berselerak dengan tempik dan luka. dia tahu, kawan tak-rapatnya akan hadir tepat pada waktu-waktu begini. sudah lama dia menunggu tapi kawannya itu masih tidak kelihatan. dia sabar dan memulakan langkah dengan sendiri sahaja.

dari jauh kawan tak-rapatnya memerhati gerak geri perempuan itu. jelas yang perempuan itu sedang menuju hadirnya. dibukanya tangan dengan lapang menunggu datang berpeluk.

tapi perempuan itu tidak pun memeluknya. kawan adalah sorang yang amat perasan. perempuan itu memeras tangan kawan dan mendahului perjalanan. kawan mengekori sambil memegang tangan perempuan.

perlahan sahaja perjalanan mereka. kadang-kadang berhenti ketika letih. tapi keseronokan lebih penting ketika ini. kawan dan perempuan berjalan menuju suatu tempat misteri yang hanya mereka anggap sebagai mimpi.

sesudah menikmati perjalanan yang tidak berapa jauh, mereka membawa diri mengasing. tapi keasingan tidak pernah datang ketika mereka bersama semula. kerana mereka memang bertemu dan berpisah seperti hanya mereka sahaja yang melakukanya begitu.

namun di separa pengasingan, pada hari berangin dengan daun-daun terbang itu perempuan bertanya kepada kawan, "adakah kau memarahi aku?" ia lebih kepada monolog yang dipenuhi soalan-soalan yang tidak perlu dijawab.

dari senyap kawan berkata "kalau aku memarahi kau, terpaksalah kau cari punching-bag baru". ketawa mereka menutup cerita. ia bagaikan sebuah pengakhiran yang indah.

Ahad

Aku Ingat

Abu Sufian boleh bercakap dialek kelantan. hadi fazley akan adalah subjek kutukan paling responsif. lala akan mengadu domba. sue menggebang tentang orang yang dibencinya. mc ti suka menerpa dan bertanya soalan semi semantik. girgirl dan farah tidak pernah sekali pun kelihatan murung. begitu juga hendaknya piqa dan amirah. zul mahu nampak cool jadi, memilih untuk berkecuali. adam segera sahaja lagaknya, pantas benar menampakkan dirinya di mana-mana. nabilla belum ketawa walaupun ili and the gang telah berkali-kali menerangkan lawak mereka. ada yang masih ketawa mengingat kembali kejadian ila separa jatuh bersama kerusinya. jangan memarahi nabilah jika anda ahli kumpulankerjanya. nana ade tisu tak?. bella, bagun, kelas dah nak mula. zureen baik orangnya, cuma ehem.. ehem.. arh! imaginasinya tak buleh blah. dulu rain bermusuhan dengan siapa? kadang-kadang terasa ingin bertanya, adakah selepas bercakar kita akan rasa lebih tenang?. mungkin... tapi aku ingat. waktu lentok sudah sampai. Mr. Ahmad pakar segala hipnosis ngantuk mahu datang menjampi kami, selamat tidur, jumpa lagi.