Selasa

Mintak tolong jangan hapuskan ISA

ISA telah terbukti sebagai satu institusi modal insan terbaik kelolaan kerajaan Malaysia. Jadi, saya minta persefahaman semua pihak, yang mana mengaku berada di pihak rakyat mahupun pihak yang menafikan status borgoise mereka supaya tidak menghapuskan akta tahanan tanpa soal ini.

"jika ada KPI untuk universiti, Kem Kamunting mungkin mendapat tempat pertama setiap tahun" - maha bukan thir

mintak tolong jangan hapuskannya.

jika kita semak kembali dari mana datangnya aktivis-aktivis sosial dan pejuang rakyat tentu kita akan merujuk kepada satu tempat yang tunggal. Kem tahanan ISA belum pernah gagal memenuhi kehendak pasaran sosial semasa. bahkan lulusan kem yang satu ini lebih banyak menulis buku daripada graduan universiti tempatan jika dikumpulkan kesemuanya.

mintak tolong jangan hapuskannya.

Jika satu hari pakatan rakyat mentadbir negara, sila kekalkan akta ini -mintak tolong-. kerana dikhuatiri pihak umno juga mahu berjuang dan sudah tentu mereka perlukan sebuah institusi sebegini. bayangkan waktu itu sudah tiada akta tahanan tanpa soal, sudah tiada kamunting, bagaimana perjuangan mereka hendak di iktiraf? ruang suara mana yang dapat mereka susurkan supaya ada yang mendengar?

mintak tolong jangan hapuskannya

sejujurnya, sebagai rakyat yang tamak kita harus sekurang-kurangya berterima khasih kepada kerajaan semasa kerana mengurus tadbir institusi ini dengan baik sekali. ISA melahirkan lagenda, ia merapatkan keluarga, kenalan bahkan mengurniakan kemahsyuran yang tidak dapat di kongsi dengan mana-mana Universiti tempatan. semuanya percuma walaupun secara paksaan.

mintak tolong jangan hapuskannya

supaya teks ini tidak dipandang dari sudut satira. ini adalah serius. saya belum ke sana.

3 ulasan:

mike-L berkata...

haha..I S A = Institut Seni Antarabangsa

Mahadewaratna_Sari berkata...

minta jangan dijadikanya tempat belajar dangdut satu hari nanti

pablo berkata...

cadangan yang wajar diberikan perhatian.
hahaha