Jumaat

apalah

tidakkah perempuan-perempuan cantik itu mengetahui bahawa mereka dipikat kerana kecantikkan? dan apakah bodohnya mereka masih juga bertanya punca mereka dipikat.

Rabu

it was beautiful

it was beautiful,
the way you looked at me,
the way you perceived me,
it was all beautiful,
it was sadness on the other side,
it was naught that fills me,
it was staring that pin its eyes on me,
it was still when i inhale,
it was spinning when i exhale,
it was breaking when i try to fly,
it was mending when you pull me under,
it was aching when it recovers,
then time came to take me away from you,
that was when you let me fly high,
that was when i know i'm appreciating you,
it was still beautiful the way you preached to me,
it was still beautiful afterall,
how i stand here revolves around you,
it was beautiful how i keep staring at you never hating,
it was beautiful how i could understand you,
thank God you are still beautiful.

Yours truly,
Nabilla


(i asked my friend to write me something, she is a good writer but never did she have the guts to publish her work. now, she is hiding somewhere in the closet, cluttered in between her unpublished work. i fear she might have breathing difficulties from degraded paper dust. she told me that she needs no assurance. she needs critical comments. could you please help me pull her out from the closet?)






Selasa

ntahla

di remang sinar ada garis air mata
di sudutnya ada hati
hati yang tertutup
dan bahagia

Ahad

saliran

angan-anganku jatuh ke lantai. bergelimpangan ramai. kemudian diberi anggota badan supaya ia dapat merangkak. segera seperti ju-on menyusup ke saliran pembetungan.

lalu waktu - bukan giliranku
mati hari - masih kawanku...

Jumaat

nostalgia no-complain

semalam : kepada gang terapung

tiada komplen,
hanya kepuasan.

biar togel rambu-rambut egois
biar terbang pakaian moral

aku terapung

semalam aku terapung.

di atas kapal sahabat

membulat mengecut

meringan terhablur

terapung dan gembira

Khamis

potensi

jika "potensi" seekor binatang, saya harap ianya cantik berbulu lebat atau setidak-tidaknya kenyang dimakan.

tapi potensi adalah cuma satu perkataan yang dipinjam.

perkataan ini jugalah yang sering menghantui saya.

kau ada potensi untuk berjaya
kau ada potensi untuk jadi begini begitu
kau ada potensi untuk mengalahkanya
kau ada potensi untuk mendapatkanya

dan untuk mengukuhkan pendapat potensi, ramai yang berbicara menggunakan satu lagi perkataan : peluang

kau ada potensi sebab peluang kau cerah



kalaulah saya boleh menikmati potensi, sudah lama saya selitkanya di antara dua keping roti beralaskan chees. tapi tidak, potensi adalah satu pengharapan dari pemberi semangat.

apabila kita diberi semangat oleh seseorang yang menganggap kita berpotensi, maka kita akan dibebani satu harapan. harapan pula mencipta ruang menunggu di antara stesen kecewa dan gembira.

hah. lapar. saya mungkin berpotensi untuk kenyang jika peluang saya cerah untuk mendapatkan sebungkus roti boy percuma dari kerani cabuk itu.


******

woit kucing! berhenti mengharap, tiada roti untuk kau. kerana aku sendiri sedang menghilangkan potensi diri.

kau nak kena sepak?!

bedebussh! haah lega, harapan terpelanting ke dinding dengan bunyi penghabisan miawww. tapi perut masih lapar. potensi memang tidak mengenyangkan.

kesedihan yang bernada ceria

minah cun ini mempunyai senyuman non-semetri nombor satu tercantik dikalangan perempuan bertahi lalat (di tepi dagu) yang pernah saya lihat. Lenka si pemeluk pokok sejak lahir lagi dikatakan taksub dengan pokok dan pernah mengangap dirinya kelahiran semula se-ekor pokok pine. tapi biarkan kecantikan dan keataksubanya sebentar, kita bicara tentang lagunya.

menurut review sony record, penulis lagu di bawah memerlukan hanya 20 minit untuk menulis liriknya. sejak ia ditulis sehinggalah proses rakaman, liriknya tidak berubah. dia yang juga menulis untuk colbie calait menerangkan bahawa ia sangat mudah ditulis. katanya "saya cuba menyampaikan kesedihan saya dalam nada yang riang ceria". maka tidak hairanlah salinan pertama lagu ini diconteng atas resit yang bersambung dengan sampul surat.

tentang lagu ini, seperti juga penyanyi cantiknya, saya tujukan kepada para perempuan yang sesat bercinta dan lemah upaya sesudah terbuat keputusan yang disesali. dengan pesanan ringkasss, tapat dan padat : jika anda kepingin pelukan dan belaian manja maka peluklah pokok.

enjoy the show...

Jumaat

khutbah jumaat (Kuala Lumpur)

hari ini khutbahnya sungguh senang di simpulkan

1. hormat raja + taat kepada kerajaan = negara aman
2. tak hormat raja + sokong pakatan = negara huru-hara

selalunya saya tak hiraukan khutbah. tapi masjid yang saya pergi tadi ada slide show. saya terbaca khutbah sebab budak-budak kat belakang memekak main keja-keja. alangkah bagus jika mereka dapat duduk diam dan baca khutbah bersama saya. kerana mereka akan lebih faham. atau mungkin mereka tak mahu memahami? barangkali sudah faham dan tak mahu faham lagi.

tapi entahlah, keling di sebelah saya terlentok2 dibuai khutbah. "keling ini rupa-rupanya tahu fungsi khutbah di malaysia" kata saya dalam hati.

Khamis

30sen

saya ada kawan, 2 ekor, satu tinggi satu botak. dua-dua gaduh sebab dua-dua sama. tinggi dan botak. seperti hering botak yang pelahap. suka makan bangkai. dan begaduh berebut bangkai. saya suka mereka, mereka kawan saya. satu hari saya akan buka klinik bangkai hidup. dan anda bolehlah telepon saya jika ada kecemasan. tapi saya perlukan talian talipon... hmm.. boleh tolong saya?

Rabu

aku se-ekor terminatol

dear acquaintances,

it is hereby to take into commotion that this writer have a new item to register in your brain. taking into account of fluctuated transmittal of text message and sudden degrade in logic responses, i solemnly declare a newly acquired incapability of which derive from inability to recognize human as an emotional derivative subject due to the fact that my database has lost its ability to encompass human peer bonding string.

therefore, this robot shall not be accountable towards any incident in occurrence during this service malfunction prior to the automatic dictation derived from self understanding upon reading this note.