jika "potensi" seekor binatang, saya harap ianya cantik berbulu lebat atau setidak-tidaknya kenyang dimakan.
tapi potensi adalah cuma satu perkataan yang dipinjam.
perkataan ini jugalah yang sering menghantui saya.
kau ada potensi untuk berjaya
kau ada potensi untuk jadi begini begitu
kau ada potensi untuk mengalahkanya
kau ada potensi untuk mendapatkanya
dan untuk mengukuhkan pendapat potensi, ramai yang berbicara menggunakan satu lagi perkataan : peluang
kau ada potensi sebab peluang kau cerah
kalaulah saya boleh menikmati potensi, sudah lama saya selitkanya di antara dua keping roti beralaskan chees. tapi tidak, potensi adalah satu pengharapan dari pemberi semangat.
apabila kita diberi semangat oleh seseorang yang menganggap kita berpotensi, maka kita akan dibebani satu harapan. harapan pula mencipta ruang menunggu di antara stesen kecewa dan gembira.
hah. lapar. saya mungkin berpotensi untuk kenyang jika peluang saya cerah untuk mendapatkan sebungkus roti boy percuma dari kerani cabuk itu.
******
woit kucing! berhenti mengharap, tiada roti untuk kau. kerana aku sendiri sedang menghilangkan potensi diri.
kau nak kena sepak?!
bedebussh! haah lega, harapan terpelanting ke dinding dengan bunyi penghabisan miawww. tapi perut masih lapar. potensi memang tidak mengenyangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan