Sabtu

apa ganti politik perkauman?

semalam saya disuruh mengisi borang. ini kali kebarapa saya menulis mengenai borang? pedulikan. isu sebenar ada pada kotak. kali ini kotak haram jadah ditulis begini b.a.n.g.s.a.

dan saya gagal menempatkan kotak kaum. mana kaumnya? saya seorang bangsa malaysia. jadi kerakyatan saya tentulah malaysia. tapi bagaimana saya hendak memberitahu mereka bahawa saya seorang melayu?

akhirnya saya simpan borang itu. tidak dihantar dan mungkin akan berhabuk tidak lama lagi. kemudian rakan saya ternampak borang itu. katanya borang itu penting dan perlu dihantar segera. saya kurang peduli kata-katanya sehinggalah dia menyatakan bahawa saya telah tersalah mengisi borang. saya pantang ditegur.

pantang ditegur tidak bermaksud tidak boleh ditegur langsung. lalu saya lihat kembali borang itu. katanya saya telah salah mengisi kotak bangsa. sepatutnya bangsa saya adalah melayu.

"dalam borang ni ade kotak BANGSA. aku nak kene jawab Malaysia atau Melayu? aku bangsa Malaysia atau Melayu?" tanya saya kepada dia

Malaysia kot eh.. dalam IC kau tulis ape?
Warganegara, Islam, Lelaki. tak silap aku dulu dalam surat beranak ade tulis Melayu. tapi tu kat kotak mak apak ku je. kotak aku mane ade. kan?

hmm...

hari ini saya bertemu sebuah keluarga india yang bercakap bahasa urdu. ada dua orang anak. kakaknya dishwin adiknya kishvin. didalam gerabak itu ada 6 orang anak-anak kecil yang lain. ada india, melayu dan cina. mereka berlari kesana kemari, bersentuhan dan kadang-kadang berpegangan tangan di ruang besar untuk penumpang berkerusi roda. indah dunia mereka yang belum terjejas dengan prejudis kaum. saya ingin benar bertemu mereka semula pada usia 20. ketika itu mungkin umur saya sudah di pertengahan 40. jika tidak bersentuh sekurang-kurangnya mereka bertegur sapa. tidak seperti orang tua yang ada didalam gerabak ini. semuanya telah terjejas dengan ketakutan kaum-kaum.

yang jelas kanak-kanak tiada apa nak dirisaukan. kita semua lahir tanpa cap kaum di dahi. terbogel dan menangis. yang risau cuma ibu bapa mereka. india atau cina atau melayu semuanya ingin berkeluarga bahagia. keperluan hidup bukan terletak kepada keperluan kaum atau budaya. anak-anak cuma memerlukan perhatian keluarganya. ibu-bapa pula perlukan kekukuhan ekonomi untuk menampung hidup keluarga. orang muda pula akan memikirkan perihal pendidikan mereka dan selebihnya keseronokan. kalau ada yang bekerja, mereka mungkin merana disebabkan bayaran gaji yang sedikit. ketika semuanya mengunjung perlahan dan kerisauan bertambah berat, kita sedar maka itulah waktunya yang kita panggil tua.

orang-orang risau dari minda yang semakin perlahan akan memikirkan perihal kesejahteraan generasi mereka. generasi yang mereka anggap sebagai waris kebudayaan kaum yang ada. tetapi lihatlah. india kini semakin malu untuk berbicara dalam bahasa ibunda mereka. anak-anak muda cina kini telah bertukar menjadi tabligh jepun. dan remaja melayu jarang benar berbangga dengan wajah melayu mereka. jadi apalah kepala bananya bejuang dalam politik mempertahankan kesejahteraan kaum sedangkan yang tinggal ada sudah tak bernyawa.

hegemoni luar telah membunuh budaya. politik pula terlalu segan untuk mengambus bangkainya. yang tinggal hanyalah politik perkauman. menyeru pada ringgit supaya nyawa dapat ditiupkan kembali kepada bangkai. barangkali mereka telah terlalu nyanyuk untuk mengingati asal kejadian mereka. mungkin juga akal mereka telah terlalu rosak untuk menerima bahawa manusia semuanya sama samaada disisi alam ataupun disisi tuhan.

seringkali perkadaran politik kaum-kaum memecahkan peratusan pengundi disesebuah kawasan dengan nilai seberapa banyak kaum yang ada. contohnya

melayu 50%
india 30%
cina 20%

dan beraksilah para peraih undi. kata yang sedap pun berlagu. gambar yang indah pun terpampang membuat orang terliur. orang tua bolehla menikmati ketenangan jiwa bila ada yang dapat berusaha untuk prihatin kepada mereka. tapi orang muda jelek sekali melihatnya. hendak melancap pun segan. apatahlagi membuat gaya anjing dengan nikmat-nikmat yang telah lucut pakaianya. apa yang mereka cari langsung tiada. dan akhirnya kita lihat orang muda india dan cina jarang sekali hadir di kempen-kempen parti politik. yang datang pun anak-anak melayu. itupun kerana mereka rasa kaum mereka telah terbela dan makanan telah tersedia.

tua 20%
belia 30%
muda 50%

lihat pecahan demografi di atas. tidak mengira kaum dan keturunan atau warna bulu ari-ari. jika ahli politik kita mula melihat pengundinya sebegini rupa, saya yakin mereka akan diterima. jika mereka dapat memenuhi kehendak seperti pecahan di atas, maka apalagi yang tinggal buat anjing-anjing perkauman?

kita bangsa malaysia. bangsa perkauman. sebagai seorang melayu saya risau akan kehilangan budaya yang ada. tetapi saya tidak hidup kerana kaum saya. saya juga tidak mempertahankannya. saya cuma tahu yang saya selesa mengamalkan budaya dan adat saya. tidak pernah sekalipun budaya saya rosak kerana ada tentangan kaum lain. begitu juga kaum lain. yang merosakkannya adalah kita sendiri. kita sendiri tidak mahu mengamalkanya. dan politik perkauman, pergilah main jauh-jauh. orang tua tak malu. sudah berkedut pun mahu main lompat-lompat.

1 ulasan:

nabilla berkata...

aku suke ayat yg plg last.