Selasa

Jenglot dan Yuran Universiti

Yuran Universiti telah menyebabkan aku mula melakukan plot menghidu kata laluan dalam talian seluruh kampus bermula dengan menanam penghidu di perpustakaan. Tetapi masalah timbul apabila kerja menghidu hendak dilakukan keatas talian tanpa wayar atau wireless network.

Apabila wireshark dan abel&cain menembak aku dengan error YOU NEED AIRPCAP yang berharga USD600 aku sedar seluruh kecelakan ini bemula dari pinggan pemerintah.

celaka satu tahap dasar pinggan bersih

pemerintah. nama itu sendiri sangatlah celaka bila didengari di negeri ini. negeri kaya dengan rakyat susah. sebelah rumah makan nasi. sebelah lagi makan pasir.

manusia hibrid itu separuh manusiakah separuh jenglot?

mula-mula ada pemerintah mendapat ilham semasa sedang terberak. ilhamnya sangat celaka, mengenakan bayaran bagi penuntut universiti. kemudian seperti kata jose rizal : mencangkung, menjadi presiden, ploop!. ilham lahir dan dibawa ke meja mesyuarat. bilik mesyuarat pula penuh dengan burung kakak tua. Proses mengangguk pun berlangsung. kemudian berak putih kakak tua pun berjejeran, ada yang keras ada yang cair. maka bertaburanlah najis-najis itu atas penadah tahi paling bemutu. ianya dijilat setiap pagi oleh rakyat jelata yang juga diberi nama surat khabar. kira-kira ilham itu dapat memberi jaminan bahawa penuntut akan lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran. ya benar, memang menumpukan perhatian sampaikan tidak lagi peduli dengan moral dan masyarakat.

apa yang penuntut pedulikan sekarang adalah bagaimana mahu cepat habis belajar, tidak mengecewakan ibu-bapa dan seterusnya bekerja. jadi mana jenglotnya? sini, U(apa-apa huruf)M. untuk membayar yuran pemerintah sediakan PTPTN, maka ada dana pinjaman untuk penuntut. setelah itu pihak universiti pula akan manyediakan sistem yang menghukumwajibkan penuntutnya membayar yuran. untuk seluruh sistem itu ada pengurusnya. sistem itu terletak server. server pula ada vendornya. misal kata PTPTN, vendor luar digunakan untuk mengawal segala urusan atas talian. pihak universiti juga tidak terkecuali. ini adalah untuk memastikan seluruh aturcara mencekik tidak dicerobohi atau dengan kata lain penindasan ini perlu ada pahlawan yang mempertahankanya. pahlawan atau vendor luar ini bukanlah orang tempatan kerana orang tempatan mempunyai kebarangkalian besar untuk menceroboh dengan niat yang jelas. lalu dana duit rakyat pun mengalir ke luar negara. ada di US ada di UK. bayangkanlah kita membayar untuk membayar. bodoh? oh tidak. anak-anak di universiti masih ada ilmu untuk makan. itulah ilmu terbaik yang mereka perolehi. apatidaknya, mereka belajar untuk makan.

mereka ada suatu kerugian yang perlu difikirkan timbal-baliknya. contoh : pelajar yang baru bangun dari mimpi yang hidupnya takkan terjamin dengan kertas mudah bercap U(apa-apa huruf)M. kemudian ingin mempersoalkan apa perlunya dia membayar yuran kepada sesuatu yang tidak menjamin. sebelum dia sempat membuka mulut dia teringat hutangnya. justru memilih untuk diam kerana masih belum habis menuntut. takut satu hari nanti dia melarat kerana tidak mendapat kerja dan berhutang dengan sia-sia jika ditamatkan pembelajaran kerana menentang. kerana takutkan hutang dia menutup mulut dan perlahan-lahan berevolusi menjadi jenglot.

lalu jenglot pun duduk diam. hidungnya telah dipasung dengan tali hutang. ikut sahajalah apa yang beri pagi-pagi. ada orang tanahnya dirampas dia diam. pemegang amanah rakyat songlap duit terang-terang pun dia diam. diam kerana tak mahu diganggu penghafalannya. orang menghafal memang perlu menyorok ke tempat sunyi. selagi jarinya tidak kudung maka yang lain boleh pergi mati.

beginilah caranya menternak graduan yang menjadi jenglot. perkara yang lebih menyedihkan adalah apabila jenglot ini ditabal menjadi guru di universiti. anak-anak yang berjiwa besar akan dipasung hutang dan jika berterusan maka jenglotlah yang akan memerintah negara ini kelak. masyarakat prihatin diluar sana akan memandang buruk terhadap sarjana hodoh yang langsung tidak membantu mereka. justeru apabila mereka keluar dari kurungan ini tiada siapa yang mahu menyambut dengan sorak. mungkin sudah cukup bagus mereka tidak dipijak.

1 ulasan:

joegrimjow berkata...

kecik bijik mata!

klu xde ptptn
bape ramai yg xlayak untuk smbg ke u
pasal kena bayar balik
tu biasalah klu dah namanya pinjam
yg pntg ada kemudahan untuk pinjam

kan ada mak bapak yg pinjam ngn along untuk masuk u anak kang..susah plak

yg pntg
si anak
kena tahu bayo balik
dan berusaha jadi manusia yg bakti pada org lain
pada agama utamanya