saya selalu ke rumah bapa saudara saya untuk berbincang hal perniagaan. di depan rumahnya ada sebuah warung yang sering dikunjungi oleh mama juwatever iaitu seorang wartawan hiburan terkenal. rutinnya pada tengah hari adalah membeli lauk santapan dan juga lauk untuk kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar warung itu. kadang-kadang dia menghabiskan 5 ringgit hanya untuk kucing yang tidak dikenalinya. begitulah kehidupan seorang khunsa yang semakin mengunjung tua. hidup sendiri tanpa teman. dimamah usia dan semakin dipinggirkan.
ramadan yang menjemput idul fitri. keraian baginya hanya berteman dinding bisu dan bunyi kipas yang hening. melihat pada cermin yang pudar seolah-olah menafikan garis kedutan muka. barangkali dia sudah letih menampal solekan. lebaran baginya cuma sekadar menghabiskan masa berbicara tentang apa yang berlaku sewaktu dahulu. entah ada yang berminat, entah ada yang tak hirau.
rentak langkahnya yang perlahan dan longlai seakan mengerti hakikat dirinya sudah tidak berdaya melawan setiap detik yang menuakan. dia risau akan anak-anak muda yang senasib dengannya. bukan perempuan untuk bergembira dengan senang. bukan lelaki untuk berkuasa. -mengeluh-. ujian tuhan maha berat katanya.
apa enaknya menjadi perempuan yang berupa lelaki? tanya juwatever. jelas sekali dia tidak memerlukan jawapanku. hujung hidup seorang yang tidak mengakui asal jantina memang beginilah agaknya. fikiranku melayang teringatkan teman serumah yang pernah menjadi perempuan. saya gemar memanggil dia sebagai pelakon sepanjang hayat, iayalah lelaki itu berlakon tanpa memerlukan filem dan pentasnya adalah dunia, bahkan wataknya juga amat mencabar.
pernah sekali dia menangis ketika sedang menyambut ulangtahun kelahiranya yang ke-30. saya berat untuk bertanya atau bergurau dengan keadaanya yang ternyata sedih. mungkin kerjaya lakonannya tidak pernah mendapat sebarang trofi penghargaan atau mungkin dia gagal untuk berubah bentuk kepada perempuan setelah 20 tahun mencuba. apapun sebabnya, aku turut merasa sayu.
2 ulasan:
mungkin dia keliru.
dia perlukan teman untuk menarik dia kembali.bukan untuk terus tolak dia jatuh...
thanx untuk entry ni.
most welcome.
Catat Ulasan