sang markihan muda sedang membelek belek majalah kuno tinggalan bapanya. matanya terpaku membaca berita dari bumi bernama Malaysia. seorang menteri telah berkata dalam sebuah wawancara tahun 2010:
"najib bukan raja saya. dan jikalau saya beraja, saya tak mahu dia tunduk kepada orang lain. jika dia tunduk maka dia tidak layak dipanggil raja. kerana yang tunduk layaknya dipanggil hamba. dengan itu saya tiada beraja. dan negara ini adalah negara republik semenjak 1993."
markihan muda binggung dengan kata 'raja' lalu disemaknya kamus kuno juga tinggalan bapanya. adapun dia mendapati perkataan raja itu bermaksud pemerintah, mengapa najib yang disanggah status rajanya? kerana dalam kelas sejarah kuno kelmarin, guru sekolahnya ada berkata bahawa najiblah pemerintah bumi Malaysia ketika itu.
lalu ditanyakan kepada bapanya soalan rumit itu.
markihan muda : mengapa menteri ini tidak mengakui bahawa najib itu rajanya? dan kenapa setelah 17 tahun baru dia menyedari bahawa negaranya adalah sebuah republik?
markihan bapa : ketika itu ada orang lain yang bergelar raja wahai anakku. tetapi raja di waktu itu adalah raja yang tidak berkuasa. jadi, najib adalah pemerintah tetapi bukan raja. masalah utama mereka adalah, bangsa melayu masih mengganggap raja yang selayaknya mendapat penghormatan tertinggi. namun, apabila orang yang memerintah bukanlah dari golongan raja, maka raja yang ada sudah tiada guna.
dan sebenarnya menteri itu hendak menyampaikan sesuatu maksud lain. mungkin ia berbunyi begini : buat apa menghormati orang yang tiada gunanya lagi? untuk soalan kedua itu anakku, anggaplah akal mahkluk bumi Malaysia sedikit perlahan. sebab itulah tanah itu sudah tiada lagi jika diteropong dari sini. sambungnya.
markihan muda : mana perginya bumi itu?
markihan bapa : hancur menjadi pasir kerana orang di bumi itu lambat mengenal masaalah.
markihan muda lalu naik ke biliknya. diletakkanya segala buku ke atas meja dan menuju ke teropong yang mendongak ke langit. ia mencari cari bumi Malaysia yang hancur. padang itu tandus dan tiada orang didalamnya kecuali binatang yang memakan binatang.
Jumaat
maka terpancutlah salinan genetiknya si pemerintah
mahasiswa idaman pemerintah adalah mahasiswa yang sentiasa memohon simpati. sampai ia tidak lagi digelar mahasiswa, maka masa itulah pula ia akan menindas. untuk membuat orang lain memohon simpati padanya pula. dan kitaran itu masih wujud sehingga kini. kerana kemenangan hari ini adalah terjemahan daripada usaha orang cacat yang gagal berdiri dengan kaki sendiri. sayugia barang kelak ia diberi kaki, bukanlah untuk berdiri gunanya. kepala rakyat juga akan dipijak. dan saya simpati kepada orang yang gigih memohon simpati tanpa sedar bahawa ia punya pilihan lain.
menung
setelah duduk termenung lalu termenanglah ia. berbekal jamban, cctv dan pondok jaga, maka sekali lagi ia bersuka ria. dan itulah mahasiswa idaman negara.
Selasa
ini bukan iklan perpaduan kaum
saya sempat menyertai perarakan mahasiswa pagi tadi. pada mulanya saya kira ia untuk merayakan semangat demokrasi bersempena hari penamaan calon pilihanraya kampus UKM. tetapi apabila berada ditengah orang ramai itu saya rasa sesuatu yang lebih mudah difahami - saya memberi peluang kepada diri sendiri menikmati keseronokkan. saya seronok melihat orang bersemangat dan oleh itu ia membuatkan darah beku saya terpam laju terus ke otak.
hasilnya mungkin semangat dan ya, ia memudahkan kami melihat kebarangkalian sokongan justeru mendapat ilham siapa yang akan menang kali ini.

walaupun saya merasa simpati yang berat terhadap badut-badut sedih. namun, hati saya masih belum sanggup memberi sokongan kepada mereka. pagi tadi bilangan mereka ternyata sedikit. mungkin jika dipaparkan disini, saya juga turut merasa malu. malu kerana semangat mereka sudah tidak seperti dahulu. mungkin mereka sudah kehilangan punca sedih ataupun telah berkesan dituakan. walau apapun, saya harap mereka dapat bersedih dan memohon simpati sepanjang hidup mereka tanpa perlu berjuang di atas kaki sendiri.
Ahad
lalu pemuda pun minta dibunuh
berikan ubat supaya kami lekas tua
kehadapan tuan pemerintah serta kepala-kepala yang berada dibawah dulinya.
tuan, tujuan saya menulis ini adalah untuk memohon jasa baik pihak tuan supaya dapat dibekalkan kepada kami sejenis ubat yang berkesan membuat kami lekas tua. ini adalah kerana, usia muda kami seringkali menyebabkan pihak tuan merasa gusar dan risau dan oleh itu kami harus dituakan secepat mungkin.
tuan, adalah menjadi seperkara yang tidak dimengertikan mengapa di usia muda ini kami sering terangsang dengan perjuangan menuntut kebebasan, kuasa dan pengiktirafan keatas universiti, ilmu dan pilihanraya kampus. ianya seperti satu kewajipan kepada setiap orang muda untuk bangun melawan perkara-perkara yang tuan sekat.
saya kira lebih mudah jika disebut begini : tuan suka campurtangan dalam hal-hal universiti, pilihanraya kampus, serta akademik. tetapi tuan, kami tidak menyukainya, kami lebih suka jika universiti mempunyai hak untuk menentukan haluan sendiri tanpa campurtangan pihak tuan. jika saya tidak dilarang berlaku jujur, saya kira kerana campurtangan tuan pencapaian universiti kita sukses kebawah. kalaupun ada yang naik, ia berjaya semput untuk naik ke tangga 50.
jadi tuan, jika pihak tuan tidak mahu memenjarakan kami, membunuh kami, atau menahan kami dari bersuara, maka berikanlah kami sejenis ubat yang berkesan membuat kami cepat tua. nescaya dengan ubat itu kami dapat menghilangkan rasa kasih dan sayang terhadap kebebasan.
semoga dengan ubat itu nanti kami akan berasa terlalu hina untuk menegakkan keadilan. semoga dengan ubat itu kami berasa jelek untuk menolak penindasan. dan semoga ia berkesan membuat kami terus mengantuk dan hilang risau keatas kebodohan.
saya sebagai wakil pelajar yang menyokong penuh peranan tuan dalam membuntukan jalan fikiran orang muda, dengan ini berharap benar supaya bantuan ubat tersebut dapat disegerakan.
saya akhiri surat saya dengan tahniah keatas kegigihan pihak tuan selama 50 tahun berjuang mereputkan fikiran anak muda sambil memetik kata-kata founding father tuan -- perjuangan belum selesai.
Atas dasar kasihkan tuan,
Mahu Mati Muda

kotak aduan
kehadapan tuan penasihat jiwa,
malam malam saya selalu dihabiskan berseorangan. suami jarang balik. setiap kali saya memanggil telefonnya, hanya tona sibuk yang saya dapat. dan akhirnya saya dapat tahu. dia sudah ada yang lain.
tuan, apa yang dapat saya buat supaya dia kembali? sebelum tuan memberi nasihat, ketahuilah, saya amat rindukan kebahagiaan bersamanya.
rozana.
kehadapan puan perindu bahagia,
pernahkah puan pergi meninggalkan kekasih sebelum berkahwin dengan suami puan? untuk pengetahuan puan, saya adalah bekas kekasih puan. dan telah saya khabarkan kepada puan, suatu hari, perkara begini bakal terjadi.
memang begitulah layaknya merampas suami orang. puan, adakah dia sebenar-benar lelaki yang di idamkan? jika benar, mengapa ada aduan sebegini?
berbahagialah,
penasihat jiwa.
*pernahkah anda terfikir bagaimana sekiranya pengadu dan pemberi nasihat saling mengenali?

Rabu
hinggap
setelah letih terbang lalu singgahlah ia hinggap di dahan ini. awan melindung mentari dan bersedialah ia terbang kembali. berbahagialah ia bebas ke michigan selepas ini.
Isnin
dan anaknya sang anarki pun bertanya
kehadapan abahku yang perasan cool
abah, angah lihat dari apa yang berlaku sejak 50 tahun lalu tiada bezanya dengan sekarang. pemerintah masih terlalu bodoh untuk menyedari diri mereka bodoh, pembangkangnya pula terlalu bodoh untuk mendidik pemerintahnya setelah sekian lama diberi peluang, dan rakyatnya pula hampir tiada akal kerana hanya membuat dua pilihan samada percayakan pemerintah atau berharapkan pembangkang.
abah, di benak angah selalu tertanya-tanya mengapa di negara ini rakyatnya sangat mudah ditipu. adakah mereka akal mereka telah reput wahai abah? baik pemerintah mahupun pembangkanya masing-masing berganding bahu menipu rakyat sendiri.
angah rasa tak perlu lagi diceritakan kebodohan pemerintah kita. abah mungkin sudah mahir memaki mereka dalam zikir depan tv seperti yang selalu abah buat di rumah. persoalan utama dalam surat hari ini adalah : mengapa pembangkang tidak sedar akan kegagalan mereka setelah sekian lama berkecimpung dalam arena jerit laung? mengapa setelah sekian lama perjuangan mereka hanya mendatangkan musibah bagi anak-anak yang baru lahir? dan sampai ke saat angah menulis surat ini, perkataan 'pembangkang' yang digunakan untuk merujuk mereka adalah sangat meragukan.
kerana bangkangan mereka maka autonomi mahasiswa telah terkubur. dari bangkangan mereka ISA masih terus subur. dan dari kegagalan mereka melaksanakan bangkangan, kita dikenakan cukai GST pula.
wahai abahku, apakah mereka layak digelar pembangkang? tidakkah abah rasa bahawa cara yang mereka gunakan akhirnya memberi manfaat kepada pemerintah? dan oleh itu sesuaikah angah katakan bahawa penyokong pembangkang adalah penyokong pemerintah atau setidak-tidaknya mereka tidak sedar yang mereka sedang ditipu?
ooops! abah penyokong pembangkang juga kan? hahaha... angah membangkang kerajaan dan membangkang pembangkang. nah, siapa lebih anarki?
dari anakmu,
Hot Dude

Maka abahnya sang anarki pun berpesan
kehadapan Anakku yang jauh di pedalaman,
pada tahun 1828, apabila cadangan Menteri Dalam Negeri Robert Peel untuk memperkenalkan kaedah kePolisan, orang ramai di London merungut dan menyuarakan kerisauan keatas ideanya berikutan kebebasan yang bakal tergugat jika ia dilaksanakan.
disini abah nyatakan, abah anti jenayah. tetapi abah bukanya anti jenayah kerana sifat moral yang dicalarnya. jenayah adalah simbolik sebuah bendera yang berkibar megah diatas tiang-tiang orang yang tak sanggup tunduk kepada kuasa. abah kira kenakalan adalah tanda-tanda bahawa kita sedang mengalami kehidupan.
abah menentang jenayah kerana ia menyuap terus kepada sistem kerajaan. lihat begini : untuk setiap jenayah yang dilakukan, berlipatganda kebebasan orang tidak bersalah akan terkorban. satu bom meletup akan mencetak ratusan undang-undang baru. satu gereja terbakar akan melahirkan anak haram bernama Polisi Baru Binti Cilaka Lahanat.
sayang, kerajaan sukakan jenayah dan kekacauan kerana ia memberikan sebab untuk mereka terus wujud. hal-hal keselamatan dan perlindungan warganegara adalah alasan bagi mereka terus merantai kita. dan kita telah lalai dalam kelemasan apabila dihurung oleh ajen-suntikan-ketakutan.
kaedah kawalan moden yang menjelma seperti sebuah perisai ini sebenarnya membuat kita merasa lebih risau, risau, risau, takut, takut, takut. institusi keselamatan dalam sistem ini menjual produk keselesaan, kemurnian, dan kemanusiaan sambil menakut-nakutkan kita secara berterusan dengan mengulang tayang bahaya yang palsu.
oleh itu anakku sayang, seorang anarki yang syumul akan menolak untuk melakukan jenayah dengan cara apapun. meski barang selalu kita ditakuti bahaya, janganlah percaya akan kesannya kepada kita bakal terjadi seperti yang ditonton didalam tv dan surat khabar. yang menakutkan kamu adalah maklumat yang kamu telan saban hari. walaupun maklumat itu tidak merbahaya tetapi ia sangat berkesan membuat kamu takut. pergilah tutup tv itu. jauhi surat khabar. bacalah buku wahai anakku dan jadilah kau seorang anarki yang cemerlang.
dari Abahmu,
Daddy Cool.

takut cinta habis. aku tak akan luahkan.
ada perkara penting telah aku lakukan sepanjang berkeras menahan diri dari meluahkan perasaan kepada orang yang semakin kugilai. aku menulis dialog. sebenarnya ia adalah monolog. ia adalah sebuah bicara dari aku kepadanya yang terlebih jujur dan terawan-awang.
aku rasa ada perasaan kedekut kerana tidak mahu berkongsi. aku sendiri mengerti bahawa ini adalah satu rasa yang jarang-jarang dapat dinikmati oleh semua orang. aku berat melepaskannya walaupun kepada orang itu. jika dapat diibaratkan, aku lebih suka memandangnya begini : katakanlah bahawa cinta itu berbentuk air dan aku ada sebuah bekas yang menadahnya. air yang lama telah kering kerana kebocoran bekas ku tadi. setelah bertungkus lumus menampal bekas, kini aku sedia mengumpul kembali air-air yang jernih. kemudian terlahir cinta terhadap yang aku gilai. kata-katanya, rupa-wajahnya, gaya fikirnya, suaranya, oh.. segalagalanya bagaikan mengalir dalam titisan kecil mengisi ruang bekas ku yang bertampal-tampal. maka sekarang aku peroleh sebuah bekas berisi air. jika dikongsikan kepadanya pasti bekas ini akan bertambah besar dan air boleh diisi lebih banyak. tapi bagaimana jika dia menolaknya? mula-mula aku akan bersedih. kemudian aku sendiri akan menyepak bekas itu sehingga segala air yang ku tadah tersejat di panas mentari.
aku kira itu satu kerja bodoh. menampal bekas yang berlubang kerana disepak bukan satu kerja mudah dan aku liat untuk mengulanginya. justeru, aku berfikir baik aku sahaja yang memiliki bekas dan segala isinya. kalaupun benar dia mahu berkongsi, pengetahuan menakutkan aku bahawa bekas yang melempah airnya boleh berkecai di tembus jarum.
aku bukanlah orang jiwang yang meronta nafas hanya untuk memanah jiwa. aku lebih atas dari mereka - mungkin kamu juga. aku cintakan dia dan selamanya dia didalamku - biar dia tidak tahu. monolog ini adalah rakaman bahawa ada cinta yang tak pernah aku habiskan dengan siapa-siapa. bacalah setelah aku tiada.

Langgan:
Catatan (Atom)