Sabtu

pertanyaan dari marikh

sang markihan muda sedang membelek belek majalah kuno tinggalan bapanya. matanya terpaku membaca berita dari bumi bernama Malaysia. seorang menteri telah berkata dalam sebuah wawancara tahun 2010:

"najib bukan raja saya. dan jikalau saya beraja, saya tak mahu dia tunduk kepada orang lain. jika dia tunduk maka dia tidak layak dipanggil raja. kerana yang tunduk layaknya dipanggil hamba. dengan itu saya tiada beraja. dan negara ini adalah negara republik semenjak 1993."

markihan muda binggung dengan kata 'raja' lalu disemaknya kamus kuno juga tinggalan bapanya. adapun dia mendapati perkataan raja itu bermaksud pemerintah, mengapa najib yang disanggah status rajanya? kerana dalam kelas sejarah kuno kelmarin, guru sekolahnya ada berkata bahawa najiblah pemerintah bumi Malaysia ketika itu.

lalu ditanyakan kepada bapanya soalan rumit itu.

markihan muda : mengapa menteri ini tidak mengakui bahawa najib itu rajanya? dan kenapa setelah 17 tahun baru dia menyedari bahawa negaranya adalah sebuah republik?

markihan bapa : ketika itu ada orang lain yang bergelar raja wahai anakku. tetapi raja di waktu itu adalah raja yang tidak berkuasa. jadi, najib adalah pemerintah tetapi bukan raja. masalah utama mereka adalah, bangsa melayu masih mengganggap raja yang selayaknya mendapat penghormatan tertinggi. namun, apabila orang yang memerintah bukanlah dari golongan raja, maka raja yang ada sudah tiada guna.

dan sebenarnya menteri itu hendak menyampaikan sesuatu maksud lain. mungkin ia berbunyi begini : buat apa menghormati orang yang tiada gunanya lagi? untuk soalan kedua itu anakku, anggaplah akal mahkluk bumi Malaysia sedikit perlahan. sebab itulah tanah itu sudah tiada lagi jika diteropong dari sini. sambungnya.

markihan muda : mana perginya bumi itu?

markihan bapa : hancur menjadi pasir kerana orang di bumi itu lambat mengenal masaalah.

markihan muda lalu naik ke biliknya. diletakkanya segala buku ke atas meja dan menuju ke teropong yang mendongak ke langit. ia mencari cari bumi Malaysia yang hancur. padang itu tandus dan tiada orang didalamnya kecuali binatang yang memakan binatang.

1 ulasan:

sukamonolog berkata...

rakyat marikh=markihan
rakyat malaysia=marhaen