Ahad

Maka abahnya sang anarki pun berpesan

kehadapan Anakku yang jauh di pedalaman,

pada tahun 1828, apabila cadangan Menteri Dalam Negeri Robert Peel untuk memperkenalkan kaedah kePolisan, orang ramai di London merungut dan menyuarakan kerisauan keatas ideanya berikutan kebebasan yang bakal tergugat jika ia dilaksanakan.

disini abah nyatakan, abah anti jenayah. tetapi abah bukanya anti jenayah kerana sifat moral yang dicalarnya. jenayah adalah simbolik sebuah bendera yang berkibar megah diatas tiang-tiang orang yang tak sanggup tunduk kepada kuasa. abah kira kenakalan adalah tanda-tanda bahawa kita sedang mengalami kehidupan.

abah menentang jenayah kerana ia menyuap terus kepada sistem kerajaan. lihat begini : untuk setiap jenayah yang dilakukan, berlipatganda kebebasan orang tidak bersalah akan terkorban. satu bom meletup akan mencetak ratusan undang-undang baru. satu gereja terbakar akan melahirkan anak haram bernama Polisi Baru Binti Cilaka Lahanat.

sayang, kerajaan sukakan jenayah dan kekacauan kerana ia memberikan sebab untuk mereka terus wujud. hal-hal keselamatan dan perlindungan warganegara adalah alasan bagi mereka terus merantai kita. dan kita telah lalai dalam kelemasan apabila dihurung oleh ajen-suntikan-ketakutan.

kaedah kawalan moden yang menjelma seperti sebuah perisai ini sebenarnya membuat kita merasa lebih risau, risau, risau, takut, takut, takut. institusi keselamatan dalam sistem ini menjual produk keselesaan, kemurnian, dan kemanusiaan sambil menakut-nakutkan kita secara berterusan dengan mengulang tayang bahaya yang palsu.

oleh itu anakku sayang, seorang anarki yang syumul akan menolak untuk melakukan jenayah dengan cara apapun. meski barang selalu kita ditakuti bahaya, janganlah percaya akan kesannya kepada kita bakal terjadi seperti yang ditonton didalam tv dan surat khabar. yang menakutkan kamu adalah maklumat yang kamu telan saban hari. walaupun maklumat itu tidak merbahaya tetapi ia sangat berkesan membuat kamu takut. pergilah tutup tv itu. jauhi surat khabar. bacalah buku wahai anakku dan jadilah kau seorang anarki yang cemerlang.

dari Abahmu,
Daddy Cool.

3 ulasan:

pablo berkata...

daddy memang cool!

junior berkata...

sarcasm admired

Aishah Nur Hakim berkata...

mama suka daddy cool