Isnin

pulih dari sex dan alcohol

seorang rakan menegur dan bertanya apakah dadah dalam simpanan saya masih berhasil mendatangkan keriangan. saya mengecewakan beliau yang baru sahaja ingin pulih dari sex dan alcohol dengan memberitahunya yang saya tidak lagi menyimpan apa-apa bentuk dadah. dia yang tinggal berseorangan di banglo mewah itu berharap benar yang saya dapat menemani beliau semasa malam hari. ini kerana waktu bulan mengambang beliau akan bertukar menjadi separa serangga seperti cacing. dan kerjanya hanya mengensot-ensot dan berguling-guling. jadi, saya diperlukan untuk memastikan beliau tidak berguling keluar dari rumahnya sendiri.

dialah rakan saya yang tidak lagi memiliki daya tahan nafsu apabila melihat bulan penuh atau apa-apa perkara bulat yang penuh. saya amat kasihankan beliau tetapi masih belum sampai hati untuk menamatkan nyawanya agar dia tidak lagi merasa siksa. apa yang saya mampu lakukan sekarang adalah menyumbatkan mulutnya dengan berbaldi-baldi minuman alcohol supaya dia dapat berhenti mengensot di atas tubuh yang lemas.

kitab manual hidup masih berada di atas para rumahnya. sekadar hiasan menyedapkan hati. bukan mata.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

opssss..

mike-L berkata...

sekadar hiasan menyedapkan mata bukan hati

Tanpa Nama berkata...

ku plg x suke bce blog ko.sgt pening.hehe~