semasa di sekolah rendah dahulu saya adalah seorang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan. sekarang juga sama, tidak banyak yang berubah. kalau anda ada kelapangan dan ingin membayar tiket untuk menyusuri denai masa dalam otak saya, maka inilah peluang anda. saya bawakan kisah ringan-ringan dari diari seorang yang keliru...
saya tidak mempunyai ramai kawan kerana saya kerap bersendirian. ia bukanlah satu kegemaran kerana saya amat memerlukan masa bersendirian tatkala minda sedang melayang memikirkan kekeliruan yang ada pada diri. saya selalu mempertikaikan sistem persekolahan. saya rasa amat benci bersekolah dan menjadi kanak-kanak. saya sering berasa cemburu terhadap manusia dewasa kerana sempadan antara saya dan mereka cuma masa. mereka lebih bernasib baik kerana terpancut awal dari saya. jadi, perkara bagini rasanya agak kurang sesuai dibincang bersama kanak-kanak seumur saya ketika itu. itulah puncanya saya sering berseorangan untuk makan, membaca dan ya, saya tidak main permainan seperti kanak-kanak lain.
meningkat sedikit dewasa, darjah tiga pada saya agak menarik kerana inilah waktu di mana pertama kali saya mendengar aplikasikan perkataan 'tocheng' bukan pada tempatnya yang selalu. tocheng pada waktu itu merujuk kepada aktiviti di celah kangkang yang saya buntu memikirkan tujuannya. dan ya, saya juga belajar menzalimi banyak lagi perkatan bahasa melayu ketika menuntut dalam darjah tiga.
ringan-ringan itu apa? tanya saya pada gadis gelap dan gempal (g3) itu. darjah enam pada saya adalah tahun pembelajaran berahi sepanjang masa kerana ia bermula dengan adegan cermin berwap dari filem Titanic. dan ketika ini pelajar perempuan sudah mula merembeskan bau ketiak yang kurang enak tapi unik dan agak kuning-kuning warnanya. inilah peringkat dimana banyak perempuan bercerita mengenai perempuan lain yang sering ber'ringan-ringan'. saya fikir ringan-ringan itu satu kegiatan yang mengapung dan melayang mungkin metafora baru kepada angkat-angkat yang sering ber'abang dan ber'adik. tetapi lain pula, sekali lagi, ia adalah kezaliman bahasa. rupa-rupanya mereka sedang mengumpat mengenai perihal perempuan lain yang disentuh-sentuh dalam keberahian.
inilah sekolah dari pandangan seorang yang keliru.
saya suka menjadi seorang yang keliru. ia membuat saya sentiasa berilmu.
2 ulasan:
hahaha..
naseb baek kau xsatu skola rendah ngan aku..klu x mesti aku da prank kau
hmm..ade pakej lah..
lucu, lucah dan ilmiah.
bukan semua orang merasa macam tu.
haha
Catat Ulasan