Khamis

Kesan khas

Baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan perkataan selingkuh dan curang yang boleh digunakan terhadap orang yang bujang. Selain dari itu saya juga belajar mendalami makna cinta yang hanya mungkin terluah di hati sahaja. Maka apa pun yang terjadi dengan pengalaman kali ini, ia akan menjadi kesan khas bagi sebuah cerita separa hindustan yang terselindung di balik wajah tenang.

Kesan khas ini bukan sekadar memberi ilusi kepada sebuah kejujuran bahkan ianya menambah perit sang paraih cinta yang sedang berasmara dangan mimpinya. Walau cuma seketika, keasyikanya tetap kekal dinikmati sebagai sempadan alam realiti.

Terima kasih kekasih mimpi.

Tiada ulasan: