Jumaat

Kesunyian

Kesunyian
tinggal di sebuah apartment
satu bilik

Kesunyian hanya berseorangan
dan tiada siapa
yang bersamanya

dia berbaju tee putih dan berjeans biru,
dan berjaket hitam. Dia menung
menerpa awan dan memikir perihal yang pernah dilakukan
dalam hidupnya.

Kesunyian
ada banyak pencapaian dan gred cemerlang
tetapi hanya dia saja yang dapat melihatnya
Kesunyian merewang dalam fikiran bila berseorangan.

buat seketika
Dia lupa akan betapa sunyinya ia bila bersama rakan
tetapi itu hanya untuk sementara.

Kesunyian wujud dalam diriku.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku selalu sunyi.sunyi selalu jadi temanku.hingga aku boleh nikmati kesunyian itu.terima kasih kepada yg mengajarku sunyi bukan untuk diratapi,tapi boleh dinikmati.