Selasa

KEKAL BEGINI

3, 3, 2009 ulang tahun ke-2 hubungan sebuah cinta yang gagal. Bagi mengingati hari ini, seperti biasa tiada sambutan akan diadakan (kerana kami tak pernah menyambutnya). Tapi, barangkali bagus juga. Duit tak terbazir, masa tak terbuang dan nafsu tak terjejas. Hari ini lengkaplah setahun lagi. Dan kita masih hidup untuk membiarkanya berlalu begini seperti selalu.

Demkianlah keinginan ku yang tak membenarkan diri menyambut suatu yang belum pasti. Mungkin saja ia seperti menyambut titis hujan sebelum mendung. Ternyata berhasil membuat hubungan kita kekal begini. Semoga kamu beroleh kemakmuran dan dilempahi rezeki. Begitu juga aku dan sekian pembaca.

selamat ulang tahun

Tiada ulasan: