PADA 19 Sep 2008 The Sun (UK) melaporkan sebuah penerbitan komik pendidikan seks bagi bacaan kanak-kanak sekitar umur 6-7 tahun. Komik bertajuk Let's Grow With Nisha and Joe itu dikeluarkan oleh Persatuan Perancangan Keluarga bagi mendidik kanak-kanak perbezaan tubuh badan lelaki dan perempuan. Kritikan terhadap komik ini timbul apabila ianya dilihat sebagai tidak berguna dan kurang sesuai bagi menangani masalah bunting waktu muda yang tinggi di Britain, yang juga tertinggi di Eropah.
KEMUDIAN pada 13 Feb 2009 The Sun (UK) melaporkan pula kelahiran bayi kepada pasangan bapa Alfie Patten (13) dan ibu Chantelle Steadman (15) yang di beri nama Maisie Roxanne. Alfie yang kelihatan seperti berumur lapan tahun itu sedar akan kebuntingan teman wanitanya cuma selepas 12 minggu melakukan seks tanpa lindungan. Untuk rekod, Alfie adalah bapa kedua termuda di Britain. "Dia akan menangis apabila ditanyakan tentang anaknya, Alfie kata itulah kali pertama dia melakukan seks" Ulas bapanya menganai Alfie. Apabila disoal perkara bayinya Alfie menjawab "Saya tak tahu berapa harganya sebungkus lampin, tetapi saya berjanji akan menjadi bapa yang baik" dan bila ditanyakan tentang duit matanya dialih dan tidak mahu menjawab. Mungkin dia tidak mempunyai sebarang pendapat tentang apa yang bakal dihadapi olehnya.
Memetik tulisan kolumnis Jane Moore, "Mendengar Alfie berkata akan menjaga bayi itu dengan baik dan menjadi bapa yang bertanggungjawab amatlah naif. Dia sepatutnya bermain bola ataupun sekurang-kurangnya permainan komputer, bukanya main ayah-ayah dan menikmati seks".
Lain-lain berita: MAK GILA HALAU SAYA DAN BUAT DUIT DENGAN NOVELNYA
2 ulasan:
aku tak caye org british hbt2
hebat? haha.. subur dowh
Catat Ulasan