Rabu

Kestabilan dan rintangan untuk berubah

Terminologi:

Heuristik – kaedah penyelesaian masalah yang secara amnya menggunakan cara ‘try n error’. Dalam mencapai keputusan pula, kaedah ini dapat memberikan pendapat yang tepat dan boleh digunapakai berulang – ulang.

Trivia – adalah kata jamak bagi trivium yang bermaksud di persimpangan tiga jalan (bahasa, logik dan retorik). Jadi, trivia adalah trivium yang banyak.

Sungkitan (leverage) – bagi yang belajar dalam PPSMI ianya adalah berasal dari perkataan ‘lever’ yang bermaksud ‘tuas’. Disebabkan tiada kata kerja untuk ‘tuas’, saya meletakkan istilah hasil kerja dari perkakas tuas itu yakni ‘sungkitan’. Gambarajah di bawah dapat menerangkan istilah ini jauh lebih mudah bahasa melayu saya yang kurang mendapat markah semasa SPM ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di dalam kehidupan kita, maju atau mundurnya sesuatu adalah atas kesediaan kita untuk berubah atau mahu tetap berada pada sesuatu tahap yang memberi rintangan untuk berubah. Walaubagaimanapun, dalam sistem yang teguh, kita terperangkap di antara istilah kestabilan dan ritangan untuk berubah. Mungkin situasi kita sekarang yang banyak membaca blog adalah peringkat kestabilan yang perlu dikekalkan atau mungkin juga ia titik rintangan dalam diri kerana suka membaca yang perlu diubah atas pelbagai sebab. Mungkin antara sebab tabiat suka membaca blog itu perlu diubah jika ianya menyebabkan kita tidak lagi terlibat dengan aktiviti masyarakat.


rintangan untuk berubah

Untuk menerangkan lebih jelas konsep kestabilan dan rintangan untuk berubah ini, kita boleh mengambil contoh termometer badan. Ia hanya boleh dibaca hingga 40 celsius sahaja. Jika diletakkan ke dalam mulut, maka ia akan menunjukkan bacaan normal 37 Celsius dan ini adalah bagus. Jika kita meletakkannya pada objek 100 Celsius, ia akan tetap menyatakan bahawa objek tersebut bersuhu 40 Celsius dan kita justeru membuat keputusan yang objek itu boleh dipegang. Ia akan menyebabkan bahaya yang dasyat. Mengapa? 40 Celsius adalah darjah rintangan untuk berubah dan bukan darjah sebenar atau darjah stabil objek itu. Termormeter badan hanya mampu menyukat semaksimum 40 Celsius sahaja dan terintang untuk berubah. Kestabilan dan rintangan untuk berubah mampu dibezakan walaupun ia nampak sama.

Berdasarkan hujah inilah, prinsip daya sungkitan (prinsiple of leverage) perlu diuji dan digunakan kerana ia berpaksikan kefahaman kita kepada sistem yang kita alami. Prinsip penyukitan ini adalah kaedah heuristik dan tidak tetap pada semua keadaan. Analisis perlu dilaksanakan dan dalam pada masa yang sama, segala maklumat yang ada perlu digabung dan disentesiskan agar proses penyungkitan ini dapat digunakan dengn efisyen. Penggunaan maklumat yang efisyen mampu memastikan kita tidak silap label di antara stabil atau rintangan untuk berubah. Kesan atau natijah sesuatu sistem dianggap normal apabila ia memberi kesan seperti yang dijangka dalam satu lingkungan yang munasabah.

Dengan kaedah sungkitan ini, kita mampu menyelesaikan masalah kestabilan dan rintangan untuk berubah dengan membuang bahagian dalam sistem yang mungkin akan membebaskan komponen yang payah berubah. Hal ini dilaksanakan jika kita sudah mengenalpasti bahawa punca masalah dalam sistem kita adalah rintangan untuk berubah dan bukan kerana kita sedang berada pada tahap kestabilan.


Kestabilan

Dalam contoh seharian, dua individu yang cemerlang prestasinya dari sudut profesional ketika bertugas berseorangan mungkin akan menghadapi masalah apabila bekerja bersama. Ini adalah contoh stabil dalam sistem dan jika ia diubah dengan menggandingkan kedua-duanya, mereka berkemungkinan besar akan menghadapi masalah.

Apabila sesuatu sistem mengalami kegagalan pada titik trivia, ia akan melahirkan perkara positif dan negatif. Perkara negatif adalah kemungkinan yang sistem itu akan meledakan kesan yang amat dasyat pada titik trivia. Sedangkan perkara positif pula adalah natijah bahawa sistem itu boleh ditukar dengan sedikit usaha untuk menggerakkan titik trivia ke arah sudut positif.

Biasanya, titik yang amat kritikal dalam sesebuah sistem berasaskan prinsip penyungkitan ini ialah paksi pemikiran dan kepercayaan manusia pada isu tertentu kerana dengan kepercayaanlah maka kita akan cuba meneruskan kelangsungan sesebuah sistem itu.

Isu individu yang tidak yakin dengan diri sendiri, rasa tak mampu, rendah semangat, dan lain-lain masalah saikologi sosial adalah berpunca dari perasaan pada diri yang merasakan bahawa kita sedang berada pada tahap stabil. Hakikatnya ia adalah rintangan untuk berubah kerana ada tahap lebih positif yang boleh dicapai. Penyelesaiannya?

Sebagaimana yang dicadangkan sebelum ini, buang bahagian trivia itu ataupun alihkannya kepada bentuk positif. Ianya tidak lain tidak bukan : menganalisa perkara yang berlaku dan sintesiskanya semula ke dalam sistem agar ia boleh diaplikasikan. Jika seseorang menghadapi masalah tidak yakin semasa memberi ucapan di khalayak ramai, dia seharusnya mengkaji sebab-sebab ketakutan tersebut. Mungkin pendekatan berguna – ‘mereka makhluk yang sama tahap dengan saya’ – untuk mengubah titik trivia ke arah yang baik. Inilah asas perubahan dalam diri dengan tidak mengatakan ‘ini sahaja yang saya mampu’ (simbolik kestabilan).

Situasi stabil atau rintangan untuk berubah mungkin juga boleh berlaku apabila kepercayaan kita selama sejak kecil adalah sesuatu yang salah atau sekadar tinggalan dusta dari yang berniat jahat. Oleh itu segala ilmu perlu disahihkan semula.

Kesimpulannya, titik stabil dan rintangan untuk berubah perlu dikenalpasti setiap masa. Apabila sudah mengenalinya, tindakan berhikmah perlu dilaksanakan agar tidak banyak masa dan tenaga terbazir untuk menyelesaikan satu titik trivia.

sumber: dari Pemikiran Sistemik : persatuan melayu saudi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

weh,panjang sangat la bende ni.pendek kan la.dengan erti kata lain,cut it short.supaye senang orang nk baca walaupun aku tau kau bukan peduli orang baca ke tak.(aku tahu kau masih mahu orang bc,jd cut it short)

Mahadewaratna_Sari berkata...

worait amma

Tanpa Nama berkata...

erghh!!!..
pnjgny..
kc shorten la..

eyh2, gmba kt header semattt r..
haha..
cm knl je tmpt 2..
lawa gle r amir edit..
tp kne kecikkn skit gmba 2..
tkelua kotak..
xpn jgn wat border..